Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 29 Julai 2013

Ramadhan 2013

Assalamualaikum...(^ ^)

Haishhh lama betul tak update kat blog tersayang ni.

Rasa nak berhenti berblog kalau camni, asyik entri basi je. Tapi fikir² balik sayang pulak nak berhenti. Bukan apa dah sebati dalam diri, cuma kekangan masa tak mengizinkan untuk update. Ni ada masa dapatlah menulis untuk para pembaca yang masih setia dengan massaari.com ni, terima kasih!


Alhamdulillah, kita dan masuk 20 Ramadhan. Setakat ini puasa Mas masih penuh lagi dan harap sangat dapat puasa penuh lagi tahun ni. Macam tahun lepas, seronok dapat puasa penuh. Tak perlu fikir² nak ganti puasa kan? Inilah berkat masih fully breastfeed untuk Airis, syukur sangat.

Ramadhan Mas tahun ni rasa sangat seronok. Pertamanya sebab akan dapat berpuasa penuh, Insya Allah! Kedua dengan adanya si kecik Airis. Mana taknya, sibuk nak layan kaletah dia tiap kali nak buka puasa. Sibuk nak kacau orang makan. Jadi Mas biarkan husband dengan anak² lain berbuka dulu, Mas layan dia dan bagi makan bubur dulu baru Mas makan. Bila dia dah kenyang baru dia leka main dan mengantuk, jadi boleh mama makan nasi pulak. Hehehee! 

Puasa kali ni Mas lebih bersederhana dan berjimat cermat, memang kurang makan dan berbuka di luar. Penat camne pun balik kerja tetap masak jugak, walaupun yang biasa² je. Sekali sekala hari minggu barulah bawak anak² berbuka di luar, dan pergi PARAM pun tak sekerap tahun sudah². Maklumlah anak dah bertambah ni, kenalah berjimat cermat sikit kan?

Lagi 10 hari nak habis Ramadhan kan, rasa sayu pulak hati ni. Entah dapat entah tidak bertemu di Ramadhan tahun hadapan, moga dipanjangkan umur hendaknya. Persiapan raya dah siap sikit², ala kadar je tahun ni. Lebih untuk anak², sebab mereka yang seronok nak beraya kan? Nanti entri lain Mas cerita tentang persiapan raya.

4 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...sibuk melayan si kecik tu yer...selamat berbuka puasa...;)

    BalasPadam
  2. salam ramadan ye sis..selamat bersahur jugak ^^

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com