terkini dan sensasi

Selasa, 20 Ogos 2013

Rezeki lepas raya

Assalamualaikum...(^ ^)


Tengok tu, lebat kan buahnya! 

Alhamdulillah, tahun ni hasil dusun arwah abah menjadi lagi. Terutamanya buah durian dan duku langsat, setiap pokok berbuah dengan lebatnya. Hasil durian pulak tidak sebanyak tahun 2011 yang lepas, tapi tetap setiap batang pokok berbuah. Balik raya hari tu terkejut tengok semuanya berbuah, ingatkan takde hasil tahun ni.

Insya Allah ada rezeki, bulan depan gugurlah buat durian tu. Memang dia nak suruh balik kampung lagi sekali ni selepas raya. Tak sabar rasanya nak tunggu buah tu gugur, nak makan durian puas². Pastu nak buat stok tempoyak lagi. 

Inilah untungnya arwah abah rajin berbudi kepada tanah, setiap tahun anak cucu merasa hasil tanaman arwah. Memang hasilnya tak pernah mengecewakan. Kalau bukan durian yang berbuah, manggis dan rambutan akan berbuah, jadi memang berbaloi²!

4 ulasan:

  1. bestnya ada kebun durian.. kita harap kebun durian kat pasar je la.. hehehe..

    BalasPadam
  2. Wow.nmpk cm besar buahnya.sedapnyaaaaa.

    BalasPadam
  3. mesti best yea....sama ler dgn saya aruah ayah tanam pokok buah-buahan banyak di depan rumah dan hasilnya boleh dituai sehingga kini......

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com