terkini dan sensasi

Jumaat, 13 September 2013

Antara kemampuan dan kepercayaan

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila Mas post gambar bayi 6 bulan yang kena dera semalam di Facebook, Instagram dan blog ramai yang memberi komen. Ada satu komen di Facebook mengatakan "Sebab itulah Islam menggalakkan isteri duduk rumah jaga anak".

Memang betul apa yang dia komen tapi dalam situasi itu kenalah tengok kemampuan sebuah keluarga. Sebagai contoh keluarga Mas sendiri, walaupun anak Mas baru 3 orang tetapi keadaan taraf hidup sekarang membuatkan Mas memilih untuk bekerja. Tujuan bekerja adalah untuk membantu meringankan beban suami. Kalau Mas tidak bekerja memang tidak cukup perbelanjaan keluarga, jadi dengan situasi ini Mas kena hantar anak di bawah jagaan pihak taska.

Bila di bawah jagaan taska, Mas kenalah beri kepercayaan kepada dia untuk jaga anak Mas dengan baik. Tapi di sebalik kepercayaan itu Mas kena sentiasa pantau dan pantau keadaan anak bila ambik dia dari taska selepas balik bekerja. Maksud Mas pantau ialah sentiasa periksa keseluruhan badan anak kita, ada tak kesan lebam atau keadaan dia membimbangkan. Jika ada cepat² tanya pada pihak taska, ini mengelakkan jika ada berlaku kes penderaan atau apa sekalipun. Jika sah anak kita kena dera cepatlah bertindak!

Jadi itulah pendapat Mas sebagai ibu yang bekerja. Tiap² hari berdoa selepas hantar anak di taska supaya mereka dilindungi dan selamat sehingga mamanya balik kerja. 


5 ulasan:

  1. moga segalanya baik-baik ye kak..memang hati akan risau kan tinggalkananak di taska, tapi nak buat macam mana. berkerja..

    BalasPadam
  2. kalaulah ibu2 bekerjaya diberi pilihan untuk jadi suri rumahtangga sepenuh masa, pasti itu pilihan kita kan mas..

    dan seandainya suami berkemampuan, pasti kita dengan senang hati letak jawatan demi anak2 kan

    BalasPadam
  3. siapa la yang saja2 sanggup tinggal anak kat orang kan..tapi kita pun ada tanggungjawab lain jugak..sebab itu suami2 kenang2 la jasa isteri..

    BalasPadam
  4. masing masing ada masalah dan komitmen masing masing.tak boleh nak samakan hidup kita dengan orang lain kan kak..kita tahu apa yang terbaik untuk family kita :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com