Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 2 September 2013

Fully breastfeeding

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, di usia Airis yang dah nak masuk 10 bulan Mas masih fully breastfeeding dia. Syukur sangat pada Allah SWT sebab Mas diberi peluang ini. Sangat seronok bila anak dapat minum air susu kita dari mula dia lahir sehinggalah sekarang. Moga susu itu terus banyak dan rezeki Airis terus ada sehingga dia berumur sekurang²nya 2 tahun.

Mas memang takde simpan stok dah macam masa dalam pantang dulu, sejak bulan puasa hari tu stok memang dah habis. Biasanya kalau bekalkan ke taska ada tinggal stok dalam 2-3 botol, tapi masa puasa tu susu agak merundum sikit jadi stok pun habis. Sekarang pam hari ni untuk stok bekalan ke taska pada esok hari. 

Jadi memang kena konsisten pam setiap hari, kalau tidak memang takde stok untuk bekalan ke taska nanti. Biasanya di pejabat Mas akan pam 2 kali, pagi sekali dan tengahari sekali. Balik dari kerja nanti pam lagi. Jadi sehari sekurangnya kena dapatkan 5 botol 4oz untuk stok esok hari. Biasanya Mas bekal ke taska 4 botol, jadi ada lebih 1 botol kalau tak cukup susu.


Tapi nasib Airis ni tak kuat sangat menyusu sebab dia dah makan. Sehari kalau bekalkan 16oz susu, biasanya akan lebih 4oz. Cuma kadang² tu habis jugak. Harapan mama semoga dapat susukan Airis selagi mama mampu, moga dipermudahkan!

10 ulasan:

  1. tahniah kak.sonok tgk baby yg dpt fully bf ni =) hope 2nd baby rara dpt lah fully bf anak.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah rezeki airis..selagi boleh BF teruskan je kan kak :)

    BalasPadam
  3. rezeki Airis masih ada tu...terus semangt susukaN anak..:)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...alhamdullilah rezeki utk airis...:)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...alhamdullilah rezeki utk airis tu...:)

    BalasPadam
  6. salam..bestnya tengok orang bf baby. I pun tengah mengharap dapat fully bf baby nanti..kalau ada rezeki..aminn

    BalasPadam
  7. Wahhh byknya susu. Cantik pekat

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com