mrs secretary

Selasa, 3 September 2013

Hanya kita yang mampu

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas menulis bukanlah nak kata Mas terlalu pakar dalam bab penjagaan anak², tapi menulis berdasarkan pengalaman Mas yang mempunyai anak 3 orang ni. 


Bagi Mas dalam membesarkan anak² dari dia berumur 1 hari sehinggalah dia dewasa, kita kena yakin dan percaya pada diri sendiri yang kita mampu. Janganlah suka dengar cakap orang. Orang memang suka bercakap, itu tak boleh ini tak boleh. Tapi adakah yang tukang cakap tu tau susah payah kita membesarkan anak² untuk jadi yang terbaik.

Bukan Mas tak boleh terima cakap orang, tapi Mas tak mau ikut bulat². Cakap orang tu Mas jadikan teladan dan panduan kalau ianya baik dan berguna, dan Mas jadikan sempadan dan buang jauh² kalau ianya sekadar cakap kosong je. Mas tau hanya Mas yang mampu lakukan yang terbaik untuk anak² Mas. Kita sebagai ibu bapa yang sentiasa ada 24 jam dengan anak² kan?

Apa yang kita buat tu baik atau tidak bukan orang tahu. Mereka nampak dan mereka dengar jadi dengan senang mereka cakap apa saja, contohnya..

Eh, tak baguslah masak makanan camtu untuk anak²!
Eh, tak eloklah beli baju camtu untuk anak²!

Jadi pada kawan², jangan ambil pusing sangat kalau orang nak cakap apa² pasal anak kita. Fikir positif yang kita boleh lakukan yang terbaik. Kata orang tu kalau bermanfaat jadikan panduan tapi kalau hanya omongan kosong jangan ambil pusing pun.

Sentiasa ingat kita ibu terbaik untuk anak² kita, hanya kita yang mampu

6 ulasan:

  1. mana yg baik boleh jadi panduan. tapi kalu yg manjang nak kondem jer, x yah amik pusing sgt. lain anak lain ragamnya kan. sah2 le mak pak pun lain2 kan.. tentunya sbg mak, kita tau apa yg terbaik untuk anak kita

    BalasPadam
  2. setuju..kalau yang baik kita ikut tapi tengok keadaan jugak kalau nak ikut.tak sesuai dengan anak jangan la ikut pulak..kan??fikir keselesaan anak2 jugak..

    BalasPadam
  3. oh ye la kan kak..kena sentiasa yakin yg diri sendiri boleh jadi yang terbaik untuk anak anak.kalau dengar cakap orang lain je sampai bile kan..tahniah kak dapat mendidik anak anak dengan baik :)

    BalasPadam
  4. Betul mas. Setuju sgt. Bkn x blh dgr tp kena fikir adakah ia sesuai ke tak dgn kita dan family

    Tiap orang berbeza cara membesarkan anak2

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas....setuju sesangat kena yakin dgn diri kita sendiri boleh jadi seorang ibu yg baik utk anak2...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com