Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 26 Oktober 2013

Cuti-cuti Langkawi (part 2)

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini sambung cerita cuti² Langkawi kami. Walaupun dah basi tapi Mas tulis ia sebagai kenangan.

Masuk hari kedua satu bumi Langkawi ditimpa hujan dari Subuh lagi. Kami rancang hari kedua nak pergi naik SkyCab dan ke Kilim Geopark. Tapi hampa harapan sebab hujan turun dengan lebat, tapi kami tunggu jugaklah dalam kereta.

Tunggu punya tunggu hujan tak berhenti, terpaksa tukar rancangan. Jadi kami habiskan masa terluang tu pergi habiskan duit shopping coklat di Haji Ismail Group. Memang buntang bijik mata Mas tengok coklat² yang banyak tu, maklumlah pengemar coklat paling tegar di dunia!

Pilih punya pilih banyak jugak coklat Mas borong. Kalau duit banyak satu Haji Ismail Group Mas borong, hahahaa! Tapi dalam banyak² coklat, yang ni Mas borong paling banyak, memang idaman hati!


Selesai menghabiskan duit beli coklat kami patah balik ke SkyCab sebab hujan dah berhenti. Tapi memang nasib kami tak baik agaknya, sampai kat SkyCab hujan turun semula. Hampa sangat!

Jadi kami telefon kat Kilim Geopark, tanya cuaca kat sana. Dia kata cuaca baik dan kami terus gerak ke sana. Tapi bila sampai hujan pulak, jadi terpaksa tunggu hujan reda baru boleh naik bot. 

Selepas menunggu lebih kurang ½ jam, hujan pun reda. Gembira sangat sebab dapat jugak pergi, bukan apa sebab ini pertama kali Mas pergi Kilim Geopark. Kat sini banyak pakej yang disediakan, ikut kemampuan kita nak pilih yang mana satu. Mas pilih pakej 1 jam dan harga yang dikenakan adalah RM130 untuk satu bot.

Untuk pakej ni mereka bawak kami naik bot menyusuri Sungai Kilim dan singgah di Gua Kelawar. Masuk dalam gua tu memang gelap dan boleh sewa lampu suluh dengan harga RM1. Masa masuk tu kita tak digalakkan bercakap sebab takut menganggu kelawar yang sedang tidur, bila suluh ke dinding gua memang banyak sangat kelawar!


Habis di Gua Kelawar kami dibawa terus ke laut untuk pergi ke sangkar ikan. Kat sini banyak ikan yang mereka pelihara, dan kami dapat pengalaman memberi makan ikan pari dan memegang belangkas. Mas berani pegang belangkas je. Nak bagi ikan pari makan tak berani, takutlah digigitnya tangan!

Habis di sangkar ikan kami dibawak ke tempat beri makan burung helang. Ini adalah saat yang paling Mas nantikan. Mula² kami sampai memang takde seekor pun burung. Sekali pemandu bot bunyikan enjin bot dengan kuat, terus berpuluh² ekor burung helang keluar. Mereka dah tahu yang ada orang datang nak bagi mereka makan. Sangat bijak helang² tu, menakjubkan!



Secara keseluruhannya memang seronok ambil pakej boat tour ke Kilim Geopark ni, banyak pengalaman yang menarik kami lalui. Jurupandu bot pun memang peramah dan walaupun masa yang diberi cuma 1 jam tapi mereka bawak kita lebih dari 1 jam, memang berbaloi. Lain kali kalau datang lagi kami nak ambil pakej yang 2 jam pulak, boleh pergi banyak lagi tempat menarik!

6 ulasan:

  1. wah...Whitaker Slab memang sedap

    BalasPadam
  2. tak seronok kalau waktu tak mengizinkan tu kan..bukan selalu dapat pg..tapi xpelah,ade hikmah disebaliknya..boleh borong coklat banyak.heee..teringin nak masuk gua kelawar ni...tapi macam seram je masuk gua.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas....seronoknya bercuti n banyak betul coklat kat sini...;)

    BalasPadam
  4. alaaa.nk tgk coklat yg akk beli.hehehe

    BalasPadam
  5. ala sedapnya coklat tu....bila baca review macam ni makin membuak2 nak gi langkawi ni hehe...

    BalasPadam
  6. Nak pi lah mangrove tour tu, bdk bdk mesti suka kan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com