terkini dan sensasi

Jumaat, 22 November 2013

Timbang rasalah sikit!

Assalamualaikum...(^ ^)

Kadang² manusia ni memang takde sifat timbang rasa, hanya fikir diri sendiri. Janji mereka lepas dan orang lain nak jadi apa pun mereka tak kisah, terutama di jalan raya kan?


Perkara ni berlaku pada Mas semalam semasa balik dari kerja, Mas biasalah balik kerja mesti berdua dengan Airis. Pastu bawak baby mesti letak dalam carseat dan tampal sticker baby on board kat cermin belakang kereta, ini untuk memudahkan pemandu lain tahu yang kita bawak baby.

Tapi Mas geram, pemandu ni tak tahu ke yang Mas bawak baby. Padahal Mas dah lekat sticker kat cermin belakang kereta, tak nampak ke? Masa tu Airis mengamuk nak tidur jadi Mas pun memandu perlahan sambil tepuk dia bagi lena. Tiba² ada pemandu kereta ni ikut belakang, pastu hon dan bagi highbeam. Apasal pulak, Mas bukan duduk lorong kanan pun. Kalau dia nak memotong patutnya dia ikut lorong kanan, tak kan nak memotong ikut kiri pulak. Tapi dia tetap dok belakang kereta Mas sambil memandu dengan jarak yang rapat.

Memang geram sangat, rasa nak brek kecemasan je. Biar dia cium bontot kereta Mas. Dia yang salah, sapa suruh ikut rapat². Tapi Mas buat tak tahu je, tetap pandu perlahan. Akhirnya dia ke lorong kanan untuk memotong, haaaaa tau pun! Masa dia memotong tu Mas saja hon kuat², panas hati betul. Pastu laju dia pecut, takde otak punya orang!

4 ulasan:

  1. gelabah betul driver tu kan..nak laju pergilah lorong kanan..macam tak amek lesen je kan..Takpe kak,ladies driver selalu terkena..sabar je la.yang penting kita selamat.

    BalasPadam
  2. biasalah tue mas...orang mcm tue xreti sabar...hishhh...

    BalasPadam
  3. macamne la die lulus lesen memandu ye, nk potong lorong kiri plak tu. aishhh. kite plak yg geram baca cerita ni.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com