Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 5 Disember 2013

Banjir ooo banjir

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedih sangat tengok keadaan banjir di Kuantan, memang 50% lumpuh bandar Kuantan tu. Di Johor dan Terengganu pun teruk jugak.

Yang paling menyedihkan bila rumah mak mertua di Kuantan pun turut ditenggelami air. Dah bertahun MIL menetap di situ, memang tak pernah kena banjir. Pagi semalam husband dapat bercakap dengan mak, katanya air naik mendadak jam 3 pagi. Pastu jam 8 pagi air dah paras pinggang. Memang mak tak sempat selamatkan apa² pun, hanya selamatkan diri, kain baju dan barang berharga. Kereta nasib baik sempat alih ke tempat tinggi. 

Sejak tengahari semalam memang kami tak dapat dah nak hubungi mak. Mesti handphone mak dah habis bateri sebab letrik pun takde di seluruh bandar Kuantan tu. Hati kami memang rasa risau sangat. Kalau ikutkan semalam dah nak kejar balik ke Kuantan, tapi memang tak dapat balik sebab jalan ke sana semua dah ditutup sebab ditenggelami air. Hanya doa dari jauh je yang mampu, harap keluarga MIL di Kuantan selamat! 




Pastu hari ni adik di kampung whatsapp pulak gambar keadaan kampung Mas di Temerloh. Rupanya air dah naik, tanah lapang dan empangan depan rumah tu memang dah dipenuhi air. Tengoklah separuh jalan nak keluar ke jalan besar pun dah ditenggelami air. Adik Mas pun cakap air kuat naik, dan Mas pun dah pesan suruh angkat sikit² barang sebelum air naik lebih tinggi.

Membuak² rasa nak balik kampung ni, tapi husband pun dah dibekukan cuti dia. Biasalah musim banjir memang bomba kena sentiasa standby. Harap² tak jadi banjir teruklah di Temerloh, kesian jugak kat adik yang tinggal seorang kat kampung tu.

5 ulasan:

  1. Kampung Fiza kat segamat pun banjir..harap² esok dapat balik kampung dan harap² air surut la hendaknya..aminn

    BalasPadam
  2. itulah..teruk betul banjir...kesian mereka..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...sedih juga pd mereka2 yg mendpt musibah banjir ni ..semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan ini...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com