Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 16 Disember 2013

Gigih dan kuatkan semangat

Assalamualaikum...(^ ^)


Inilah rutin setiap awal pagi dan waktu lunch, kalau tak nanti kelaparan anak mama.

Walaupun hasil susu dah agak merundum tapi Mas tetap gigih pam setiap hari. Kena rajin dan tak boleh putus asa, kalau malas tak menyusu Airis. Pernah jugak rasa sangat stress sebab susu dah tak banyak sehingga terfikir nak bagi susu formula. Tapi bila fikirkan semula rasa kesian pulak dekat Airis, terfikir jugak nak ke dia minum susu formula.

Jadi kerana pelbagai rasa itu, Mas gigih dan kuatkan semangat. Pelbagai usaha Mas lakukan seperti makan secukupnya, minum banyak air dan jangan skip waktu pam. Walaupun hasil yang dapat tak selumayan dulu tapi alhamdulillah cukup untuk bekalan Airis setiap hari di taska. Airis pun dah masuk setahun jadi tinggal setahun lagi untuk Mas fully breastfeeding dia. Nanti dah masuk usia 2 tahun bolehlah campur susu formula. Tapi susu badan Mas tetap teruskan selagi ada rezeki Airis. 

Kepada ibu yang fully breastfeeding anak, jangan putus asa kalau susu dah merundum. Insya Allah ada rezeki yang terbaik untuk anak kita dengan izin Allah SWT.

7 ulasan:

  1. selamat mengepam. jangan putus asa ye.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...moga airis dpt susu ibu yg secukupnya...

    BalasPadam
  3. Cayokkk sissss. Nina pun nak gigih mcm sis. IAllah niat nk fully. Next year baby. Hehe

    BalasPadam
  4. susu ibu adalah susu yang terbaik..try makan supplement ESP Shaklee kak untuk milk booster..kalau nak beli boleh contact Fiza :)

    BalasPadam
  5. yang penting kena kuat semangat.. +ve thinking je

    BalasPadam
  6. betul tu kak.niena pun smpi skng msih buatkn stok lg utk si manje tu..kna gigih

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com