Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 18 Disember 2013

Persiapan persekolahan

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi seminggu lebih anak² nak kembali ke sekolah, tahun ni Atikah dah darjah 5 dan Arfan pulak darjah 2. Besar dah anak² Mas, terasa dah diri semakin tua.


Mengenai persiapan persekolahan mereka, Mas beli ala kadar je. Baju sekolah Mas belikan 3 pasang seorang sahaja sebab baju tahun lepas ada yang masih elok lagi. Cuma mereka ni cepat membesar, baju dah singkat sikit. Jadi kena beli jugaklah baju baru. Terutamanya Atikah, memang tinggi melonjong. Baju tiap² tahun kena beli.

Kasut pulak tiap² tahun memang kena beli baru, kasut lama bila akhir sekolah memang dah koyak dan lusuh. Sekolah mereka ni pakai kasut hitam, jadi beli sepasang je. Pastu beg sekolah dengan alatulis memang wajib tiap² tahun mesti kena beli. Nak buat camne, bila akhir tahun tinggal bekas pensil je. Isi dalam semua dah takde, pastu beg sekolah pulak mesti dah koyak dan putus tali. 

Buku sekolah pulak semalam husband Mas dah pergi beli di koperasi sekolah. Kami memang selalu beli awal sebelum sekolah buka, bukan apa tak nak beratur panjang bila dah buka sekolah nanti. Boleh tahan jugak harga buku tulis dan buku latihan sekarang, beli untuk 2 orang anak dah RM200 lebih. Camnelah kalau anak 5 orang, huhuhuu!

Semua dah lengkap, tinggal nak kembali ke sekolah je. Jadi anak² mama, belajar rajin² ye. Tiada lagi TV and tidur lewat!

5 ulasan:

  1. baguslah kan kak dah siap awal² kalau last minit nanti ade je yang tak cukup.well prepared macam ni baru proper..perbelanjaan sekolah sekarang makin bertambah.

    BalasPadam
  2. Adik2 saya pun beli barang untuk sekolah. Nak masuk UPSR tahun ni, jadi, semangat sikit beli barang untuk peepriksaan nanti ^_^

    BalasPadam
  3. Bagus kak beli awal. Nanti kelam kabut.

    BalasPadam
  4. besar besar dh anak akk kan.alaaa tp maknya maintain je cun.rara plak xsbr nk tunggu princess besar,nk beli buku skolah jugak.hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com