Terkini dan sensasi

Khamis, 28 Februari 2013

New contact lens

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang pengguna setia contact lens sejak disahkan rabun jauh pada tahun 2003. Mula² dulu Mas pakai contact lens yang biasa jenama Softlens, pastu bila Geolens popular sibuk nak pakai. Nak jugaklah mata warna coklat dan besar cam orang Korea tu, hehehee!

Tapi bila dah lama pakai Geolens risaulah pulak. Sebab ramai yang kata kalau pakai dalam jangka masa yang panjang nanti mata akan rosak, jadi tak berani nak ambil risiko..

Sekarang Mas dah bertukar ke contact lens jenama Freshlook. Mas baru lagi pakai dan ternyata ia sangat selesa, lensnya sangat lembut sehingga tak terasa memakainya. Pastu mata pun takde rasa gatal² dan merah walaupun dah memakainya lebih dari 8 jam.

Harganya tidak terlalu mahal, hanya RM40 sepasang dan boleh dipakai selama sebulan. Warna yang dijual jugak sangat menarik, jadi apa kata kawan² yang pakai contact lens cuba jenama Freshlook ni. Pasti puas hati!


Rabu, 27 Februari 2013

Wordless Wednesday [65]

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni check up Airis 3 bulan!

Berat 5.7 kg, tinggi 60 cm, lilitan kepala 39 cm. Suka borak² dengan nurse sampai gelak², tapi tak boleh ambik injection sebab baru baik demam campak.



Milk booster

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebagai ibu pastinya kita mahu menyusukan anak dengan susu badan selama yang mungkin. Jadi pelbagai jenis supplement yang kita ambik supaya hasil susu sentiasa memuaskan.

Bagi Mas masa anak pertama dan kedua dulu memang tak pernah ambik apa² supplement untuk banyakkan susu, jadi anak² hanya sempat menyusu badan selama 5 bulan je. Untuk Airis ni Mas cuba sedaya upaya untuk beri dia susu badan sepenuhnya. Sekurangnya sehingga umur dia 6 bulan, dan alhamdulillah sehingga umur Airis 3 bulan ni dia masih fully breastfeed.


Inilah milk booster Mas, Virgin Coconut Oil atau VCO. Mas makan VCO ni dah setahun lebih sejak belum hamilkan Airis. Masa mengandung pun Mas tetap makan setiap hari. Bila dah bersalin Mas tetap makan dan ia adalah milk booster yang terbaik. Susu jadi pekat dan lemak berkrim, hehehee!

Mas katakan ia milk booster yang terbaik sebab adik Mas pernah kering susu badan masa anak dia berumur 5 bulan. Jadi Mas suruh dia ambik VCO dan alhamdulilah susu dia kembali banyak. Sehingga kini anak dia dah berumur 9 bulan tapi masih menyusu badan.

Harga VCO ni tak mahal, memang mampu kita beli setiap bulan. Khasiatnya bukan setakat milk booster sahaja tapi pelbagai khasiat lain lagi.

Selasa, 26 Februari 2013

Sepotong buah sebelum makan

Assalamualaikum...(^ ^)


Elok diamalkan dalam setiap hidangan pada setiap hari. Sangat baik untuk sistem penghadaman kita kerana buah mengandungi serat yang sangat tinggi. Ia jugak baik untuk kulit dan banyak mengandungi pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Kalau dulu Mas tak tahu pun, biasanya Mas akan makan buah selepas makan hidangan berat. Rupanya Mas salah, cara yang betul dan sihat sebenarnya ialah sepotong buah sebelum makan.

Jom kita amalkan gaya hidup sihat supaya kita kekal sihat sepanjang hayat!

Wajib setiap tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa yang wajibnya?

Atikah, setiap tahun mesti wajib wakili sekolah di perlawanan boling bagi pemilihan untuk ke peringkat zon. Kalau dia menang perlawanan hari ini sudah pastinya dia akan terpilih untuk mewakili sekolah di peringkat zon Sepang, mudah²an dia berjaya!

Dia memang minat main boling sejak dari usia 6 tahun, pada usia tu kepandaian dia bermain boling telah terserlah. Setiap kali Mas pergi latihan dia pasti ikut main sekali, jadi dari situ dia belajar bermain dan semakin mahir.

Dia mula mewakili sekolah sejak dari tahun satu, tahun ni dah kali keempat dia terpilih. Tapi untuk ke peringkat zon dia belum bernasib baik, harapan moga tahun ni ada tuah dia untuk ke peringkat zon.

Sekarang dia tengah beraksi di Pusat Sukan Nilai. Mas tak dapat nak pergi untuk bagi sokongan sebab husband kerja, hanya doa mengiringi dia.

Good Luck Atikah!


Isnin, 25 Februari 2013

Gila Instagram

Assalamualaikum...(^ ^)

Baru dapat update lagi, siang tadi satu je entri sebab internet sangat lembab. Nak update satu entri pun makan masa 2 jam, mungkin sebab hujan lebat kot?


Malam ni Mas nak cerita pasal gila Instagram. Pasti semua orang dah tau pasal Instagram, kat situ kita boleh kongsi pelbagai gambar tentang diri kita dan apa yang menarik bagi kita. Mas mula ikut Instagram masa bulan puasa tahun lepas, masa tu terpengaruh dengan member yang asyik dok kongsi gambar Instagram dia di Facebook. Jadi Mas cubalah download aplikasi Instagram ni, menarik!


Masa Mas malas berblog dulu memang hari² upload gambar kat Instagram, pelbagai jenis gambar Mas kongsikan. Masa selamat lahirkan Airis pun kat Instagram dulu Mas kongsikan berita gembira tu. Yang seronoknya gambar di Instagram ni boleh kita kongsikan di Facebook dan Twitter..

Kawan² yang ada instagram boleh follow Mas di www.instagram.com/mas7977

AEON Member Card

Assalamualaikum...(^ ^)


Minggu lepas ada dapat sms tentang sales AEON Jusco, khas untuk ahli pulak tu. Apa lagi seronoklah nak pergi sebab nak cari baju anak².

Pastu semalam Mas pergi ke AEON Taman Equine. Mas suka pergi Jusco kat situ, selesa dan seronok untuk shopping. Kami sampai kat sana dalam pukul 2.30 petang, isi perut dulu barulah mula shopping. Masuk dalam Jusco terus terjah kat tempat barangan baby, tengok baju dan barang keperluan baby semuanya murah². Pastu ada lagi diskaun 15% untuk ahli. Apa lagi terus sambar baju anak² 3 pasang sorang, beli jugak sedikit barang keperluan baby untuk Airis.

Kemudian kami jalan² kat tempat jual stroller baby. Memang niat nak cari stroller baru untuk Airis sebab stroller yang beli sebelum ni tayarnya dah bengkok kena willy dek abang Arfan. Sekali memang ada best price! Stroller Sweet Cherry yang Mas idamkan pun ada diskaun, terus berkenan dekat satu stroller ni. Harga asal memang mahal tapi bila dah best price dapat RM129, apa lagi teruslah beli dan semestinya warna merah. Nasiblah Airis dapat barang ikut warna kegemaran mama dia.

Memang seronok shopping semalam sebab dapat beli barang untuk anak², untuk diri sendiri dan husband memang tak beli apa² pun. Camtulah kita ibu bapa kan, bila shopping untuk anak² lebih penting. Untuk diri sendiri memang tolak tepi, kalau ada lebih rezeki baru beli.

Ahad, 24 Februari 2013

Nur Airis Arissa : 3 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)


Airis dah berusia 3 bulan hari ini, dah semakin cerdik dan aktif anak mama ni. Tapi yang kesiannya nak masuk umur 3 bulan kena demam campak pulak. 

Perkembangan Airis di usia 3 bulan sangat baik, salah satunya suka sembang. Memang riuhlah mulut dia kalau sembang dengan Mas dan babahnya, siap jerit² lagi! Tapi kalau dia ajak sembang kita tak layan mulalah nak menangis.


Pastu lagi satu suka berdiri kalau dipegang. Memang tak nak kita baringkan atas riba ke, siaplah dia menangis. Bila dah berdiri tu memang nampak kaki dia kuat, dah macam tak sabar nak berjalan. Kalau mandi pun mesti nak berdiri jugak, baringkan tak mau langsung. Lagak macam orang dah besar!

Lagi perkembangan dia yang Mas tengok dah pandai nak angkat kepala kalau kita baringkan dia. Pastu suka masukkan jari dalam mulut, seboleh²nya satu penumbuk nak masuk dalam mulut dia. Lagi satu dia sangat lasak, kalau baring atau dipegang memang tangan dan kaki mesti nak gerak² dan tendang². Pastu pandai bergambar Mas tengok sebab setiap kali kita halakan kamera mesti dia pandai posing dan tersenyum.


Seronok dapat tengok perkembangan dia, moga Airis cepat besar dengan aktif dan ceria. Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat!

Sabtu, 23 Februari 2013

Merotan anak

Assalamualaikum...(^ ^)

Merotan bukan bermakna mencederakan tapi lebih kepada untuk mengajar dan buat mereka serik untuk mengulangi kesalahan tersebut.

Mas memang rotan anak² jika tak dengar kata atau kesalahan yang dilakukan memang berat. Bila dirotan mereka akan lebih takut nak ulangi kesalahan dan akan ingat sampai bila² sebab apa mereka dirotan. Mas tak niat nak takutkan mereka tapi itu untuk buat mereka serik, dari situ mereka tau kesalahan itu besar dan tidak boleh diulangi lagi.

Selalunya kaki mereka yang jadi mangsa rotan, dan kita digalakkan rotan anak dari punggung ke bawah sebab ia kurang memudaratkan. Lagi syok rotan punggung, banyak daging. Hehehee!


Inilah rotan yang Mas gunakan untuk rotan mereka, memang besar dan memang sakit kalau kena. Seperti Mas kata tadi bukan untuk takutkan mereka tapi untuk mengajar. Sekarang memang mereka dah tak berani nak ingkar cakap kalau nampak mama dia dah mula pegang rotan ni, hehehee!

Jumaat, 22 Februari 2013

Anak suka gigit orang

Assalamualaikum...(^ ^)


Pernah tak punyai pengalaman ada anak yang suka gigit orang. Tahu tak apa punca sebenarnya anak tersebut berkelakuan sebegitu, adakah ia normal atau ianya berpunca dari cara didikan kita sendiri. Mas kongsikan ini berdasarkan apa yang Mas lihat dan apa yang arwah mak beritahu, sebabnya anak² Mas takde yang suka gigit orang.

Kalau ikut arwah mak Mas ada petua untuk elakkan anak pandai gigit orang, mak selalu cakap jangan letak sikat atau pengepit kuku dalam bakul pakaian anak² kita. Nak percaya atau tidak itu tak penting tapi Mas cuba ikut cakap arwah mak, alhamdulillah anak² Mas tiada yang berperangai sebegitu.

Tapi kalau ikut logik mungkin dari cara percakapan dan ajaran kita, mungkin kita selalu cakap kat anak suruh gigit abang atau kakaknya . Mungkin niat kita nak ajak main dan bergurau. Tapi kalau dah selalu, itu akan menjadi tabiat. Mula² dia gigit abangnya, nanti lama kelamaan dia gigit orang lain pulak.

Sebab itulah dengan anak kecil ni kita kena jaga percakapan dan ajaran kita, sebab mereka mudah mengikut apa yang kita suruh dan cakap. 

Tips membeli handphone

Assalamualaikum...(^ ^)


Entri ini atas permintaan seorang rakan pembaca blog Mas, jadi Mas kongsikan sedikit tips mengikut pandangan Mas sendiri. Kalau kawan² ada tips lain bolehlah kongsi di ruangan komen.

Pertama sekali kita kena tahu model handphone apa yang kita nak beli. Buatlah sedikit research dalam internet untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan handphone tersebut, bila dah tau serba sedikit barulah puas hati.

Kedua berapa bajet yang diperuntukkan, tetapkan bajet ikut kemampuan kita. Kemudian tengok di internet harga pasaran handphone yang kita berkenan, kalau setimpal dengan bajet baru beli.

Seterusnya buat sedikit survey. Maksudnya survey kedai yang menjual handphone tersebut dengan harga berpatutan, kedai yang boleh beri diskaun dan tawaran harga yang berpadanan dengan bajet kita. Kalau Mas lebih suka beli di The Mines kerana kat situ memang banyak kedai telefon yang menawarkan harga yang sangat berpatutan.

Yang terakhir sekali rujuk kawan yang dah menggunakan handphone tersebut. Dengan cara ini kita akan lebih tahu samada handphone tersebut bagus atau tidak, kerana orang yang berpengalaman menggunakannya saja yang tahu kelebihan handphone itu.

Harap berpuas hati dan boleh jadikan tips ini sebagai rujukan nanti.

Airis demam campak : Hari ketiga

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari ni dah masuk hari ketiga Airis kena demam campak. Memang penuh dah seluruh badan dia ruam campak tu keluar selepas jampi air penawar dengan seorang kenalan.

Masa hari pertama kena dia hanya demam malam, memang dia tak banyak meragam pun. Bila ruam dah banyak keluar dia garu² telinga dan kepala sebab ruam tu banyak keluar kat kepala. Siang semalam pun dia banyak tidur je, mungkin sebab badan tak sihat. Mas pun tak mandikan dia, hanya lap badan dengan air suam. Kesian tengok dia, penuh ruam kat seluruh badan. Tapi muka tetap senyum bila mama nak ambil gambar, tak macam orang sakit pun. Kuat anak mama ni!

Pastu mula malam tadi dia dah mula meragam, demam pun dah semakin kuat dan ruam tu makin mengganas keluar. Tidur pun asyik nak berkepit celah ketiak je. Jadi Mas bagilah dia minum sikit air penawar tu, barulah lena sampai ke pagi.


Pagi ni baru mandikan dia dengan air penawar. Mas tengok dia dah kembali aktif dan ruam pun dah agak berkurangan. Semoga anak mama cepat sembuh!

Khamis, 21 Februari 2013

Sambung cuti lagi

Assalamualaikum...(^ ^)


Memang hari ni cuti bersalin Mas dah habis, esok Mas akan mula cuti tanpa gaji selama 2 bulan sehingga hujung bulan April. Masa mula² berniat nak ambil cuti tanpa gaji 2 bulan ramai jugak yang bagi pandangan negatif.

"Buat apa nak cuti tanpa gaji lama², nanti camne nak bayar bil bulanan!"
"Dah takde gaji nanti kena bayar potongan gaji sendiri tau, mana nak cari duit!"

Tapi Mas ambik itu sebagai cabaran! Bagi Mas kalau niat kita bercuti ikhlas nak jaga dan tengok anak membesar, Insya Allah rezeki tu akan ada. Walaupun takde gaji tapi jika pandai ikhtiar dan usaha pasti duit akan mencukupi untuk kita sekeluarga. Lagi satu kena ingat, rezeki anak tu sentiasa ada.

Sebab itulah Mas tak risau kerana sejak ada Airis rezeki bisnes husband Mas semakin bertambah. Tiap² hari ada pelanggan datang nak baiki kereta, Mas bersyukur sangat!

Dah aktif kembali

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekarang dah berjaya mengaktifkan diri untuk kembali berblog, semalam berjaya update 3 entri. Rasa sangat puas hati sebab blog dah kembali ceria.

Harap sangat dapat aktif seperti dulu, dalam satu hari sekurangnya ada 4-5 entri. Bukannya apa kesian dekat para pembaca dan follower yang masuk ke blog ni, asyik disajikan dengan entri lama. Jadi akan cuba sedaya upaya untuk aktif update sekurang²nya 2-3 entri sehari.

Lagi pun sekarang dah update pakai Galaxy Note, mudah sikit. Tak kira masa dan dimana boleh update tak perlu nak guna laptop bagai. Mas akan buat entri yang ringkas tapi padat serta ada mesej dan perkongsian yang nak disampaikan.

Kepada kawan² dan para pembaca yang rajin baca blog Mas dulu, bolehlah bertandang kembali. Mas akan cuba sajikan anda dengan entri yang terkini dan menarik. Ini bukan janji tapi pasti, hehehee!

Dah dapat lesen

Assalamualaikum...(^ ^)


Sukalah kakak sebab dah dapat lesen dari mama untuk dukung adiknya.

Sejak dari Airis umur sebulan dia dah sibuk nak dukung, tapi Mas tak benarkan sebab masa tu badan Airis masih belum kuat lagi. Sekarang Airis dah masuk umur 3 bulan, jadi Mas ada kepercayaan nak bagi dia dukung. Cuma kalau nak dukung kena depan mata Mas, kalau tak nampak memang Mas tak benarkan. Bukan apa takut jadi sesuatu pulak, lebih baik beringat sebelum terjadi.

Atikah dah biasa dengan baby sebab kat taska yang dia transit lepas sekolah ramai baby. Jadi dia selalu tolong jaga dan dukung baby² tu, sebab itu dia tak kekok bila nak dukung adik sendiri.

Lega Mas sekarang sebab ada anak dara yang boleh tolong. Nanti nak ajar dia pulak macam mana nak tukar diapers adik, pastu nak ajar pakaikan adik baju. Bila dah ajar barulah senang dia nak bantu kita! 

Rabu, 20 Februari 2013

Airis demam campak : Air penawar

Assalamualaikum...(^ ^)


Kesian Airis mama kena demam campak. Tapi dalam demam tu bila mama nak ambil gambar tetap posing sambil tersengih².

Kalau anak kena demam campak ke, chicken pox ke atau demam yang teruk, Mas mesti gunakan cara tradisional untuk berubat. Sejak dari anak pertama lagi, memang arwah abah dan arwah mak suka cara sebegitu. Ubat cara tradisional tu bukanlah jumpa bomoh atau dukun yang bukan², tapi minta air penawar dari ustaz atau orang pandai buat air penawar.

Alhamdulillah semua anak² Mas serasi dan kesannya sangat mujarab!

Tapi apa pun cara yang kita guna pokok pangkalnya kita mesti yakin dan percaya. Lagi satu jangan lupa berdoa pada Allah, itu yang paling penting kan?

Kena pandai ambil peluang

Assalamualaikum...(^ ^)


Pandai tak Mas ambil peluang?
Sambil susukan Airis sambil online, hehehee!

Beginilah bila dah ada baby, setiap masa terlalu terhad dan berharga. Jadi kita kenalah pandai ambik berpeluang untuk lakukan apa saja. Macam Mas kalau nak online atau berblog biasanya waktu susukan dia atau waktu dia tidur. Kalau tak ambik peluang tu memang susah nak dapat masa untuk online, nak pulak kalau dia mengamuk sakan.

Begitu jugak kalau nak ambik peluang selesaikan kerja rumah. Waktu Airis tengah baik dan tak mengamuk, Mas letak dia depan TV dan pasangkan BabyTV. Jadi dia akan ralit, dapatlah Mas tinggalkan sekejap untuk jemur kain. Selesai kerja!

Begitulah ibu, setiap masa dan peluang tu berkualiti. Kena pandai, baru jadi ibu serba boleh dan hebat.

Wordless Wednesday [64]

Assalamualaikum...(^ ^)

Amboi bukan main lagi dia gelak sakan. Tapi kalau nangis mengamuk, huru-hara mama!


Selasa, 19 Februari 2013

Demi keselesaan

Assalamualaikum...(^ ^)


Beginilah bila dah ada baby.

Ruang tamu terpaksa diubah demi keselesaan dia. Baby ni dari hari ke hari dia makin membesar, bila kita sediakan ruang sebegini senang untuk dia explore mengikut tumbesaran dia. Senang jugak untuk dia belajar mengiring dan meniarap.

Macam Mas bila anak kecik dah nak cecah usia 3 bulan terus ubahsuai ruang tamu. Takde dah sofa untuk duduk, hanya bentang toto. Kalau nak letak sofa pun hanya letak satu, pastu kalau malas nak tidur dalam bilik kat ruang tamu itulah kami berkampung.

Tapi memang selesa bila buat camni, nak pulak bagi Mas yang ruang tamu agak terhad. Kita selesa dan baby pun selesa!

Suami bantu isteri

Assalamualaikum...(^ ^)


Sejuk rasa hati bila tengok suami kita bantu dalam uruskan anak².

Mas rasa bersyukur sangat dapat suami yang banyak membantu. Sejak dari anak pertama dia memang rajin bantu uruskan anak kecil, takdelah semuanya serah bulat² pada Mas. Sejak anak² umur sebulan dia dah tak kekok untuk bantu mandikan mereka.

Sebenarnya suami yang bantu isteri memang ramai sekarang, tapi adakah bantuan itu benar² ikhlas ataupun sekadar dipaksa oleh isteri. Kalau tak bantu isteri melenting marah². Bagi Mas biar suami kita bantu dengan rela hati, ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab. Jangan kita paksa atau asyik suruh buat itu ini, nanti dia pun akan rasa tidak dihormati oleh isteri sendiri. Mana taknya semua urusan kerja rumah dan anak² kita suruh dia buat.

Pastu bila suami dah bantu ucaplah terima kasih dan bagi ciuman kasih sayang. Baru hubungan tambah mesra dan rasa saling bantu membantu akan sentiasa wujud.

Isnin, 18 Februari 2013

Semua di hujung jari

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekarang teknologi semakin canggih dengan adanya smartphone. Jadi semua perkara boleh dilakukan dengan hanya di hujung jari sahaja, terutamanya melayari internet.

Mas pun tak ketinggalan menggunakan kemudahan smartphone ni. Kalau dulu nak update blog atau layari Facebook dan Twitter pasti akan gunakan laptop, nak pergi sana sini angkutlah laptop sekali.

Tapi sekarang tak lagi sejak ada Galaxy Note. Update blog ke, Facebook ke, Twitter ke atau Instagram ke, semuanya di hujung jari. Cepat dan mudah, boleh layari bila² masa dan dimana sahaja.

Sekarang ni update blog sambil baring atas tilam dan menemani si kecik Airis tidur, mudah kan?


Ahad, 17 Februari 2013

Abang Arfan pulak yang lebih

Assalamualaikum...(^ ^)


Tengoklah tu, abang Arfan pulak yang lebih² main kat playmat adik.

Masa dia baby dulu mana Mas pernah beli benda camni, sebab itulah teruja terlebih nak main. Ini pun pinjam adik punya sebab baby dia dah besar. Mula nak beli jugak tapi dah adik punya ada pinjam je, buat apa membazir.

Lucu pun ada bila tengok si abang sibuk nak main, Mas biarkan je. Biar dia merasa sebab masa baby tak merasa mainan camni. Siap cakap camni lagi, "Kenapa masa Arfan baby mama tak beli tempat mainan camni, bestlah!" Nak tergelak pun ada, hehehee!

Rabu, 13 Februari 2013

Pertama kali buat donut

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa balik kampung cuti Tahun Baru Cina, adik Mas ada buat donut. Seronok pulak tengok dia buat, gebu dan sedap. Arfan pun apa lagi seronoklah dapat makan sebab donut kuih kegemaran dia.

Jadi bila tengok adik Mas buat macam senang je, terus teringin nak cuba. Lagi pun Arfan suka makan. Hari ni lepas husband balik kerja terus suruh dia beli bahan². Niat nak buat untuk sarapan pagi tapi Airis meragam, terbantutlah niat tu. Bila dia dah tidur baru dapat buat, jadi mendonut di kala tengahari.

Alhamdulillah cubaan pertama buat donut menjadi, husband dan anak² puji sedap. Arfan siap suruh buat lagi esok, hehehee!



Rabu, 6 Februari 2013

Wordless Wednesday [63]

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada perbezaan tak? Hehehee!

sebelum hamil

semasa hamil

selepas bersalin


Selasa, 5 Februari 2013

Super momma!

Assalamualaikum...(^ ^)

Jadi seorang ibu menuntut kita melakukan perkara di luar jangkaan demi anak². Apa saja termampu kita cuba lakukan asalkan anak² dapat dijaga dengan baik, nak pulak kalau ada anak kecil.

Masa Atikah dan Arfan berusia 2-3 bulan dulu Mas tak tahu memandu, jadi takde masalah kalau anak menangis nak susu dalam kereta. Dengan senang hati boleh bagi sebab husband yang memandu. Bila ada Airis memang mencabar sikit sebab Mas dah boleh memandu. Jadi bila husband bekerja shif siang, Mas kena ambil Atikah dan Arfan kat sekolah. Masa tu sudah tentu kena bawak Airis sekali.

Airis ni pulak kadang² dia mengamuk jugak bila duduk dalam carseat, jadi kenalah bekalkan susu dalam botol. Bila dia menangis tengah memandu tu kenalah Mas jadi super momma. Sambil memandu sebelah tangan bagi susu kat dia. Fuhhh risau jugak takut tak dapat fokus memandu, tapi kenalah cuba jugak demi anak. Alhamdulillah dapat memandu dengan berhati² dan Airis pun senang hati dapat susu!


Isnin, 4 Februari 2013

Alunan ayat² suci Al-Quran

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak dari dalam perut memang Mas selalu dengarkan alunan ayat² suci Al-Quran pada Airis. Jadi sekarang setiap kali nak tidur bila malam mesti kena pasang, bila dengar baru dia tidur dengan lena. Kalau dia tidur lepas Maghrib memang lena sampai ke pagi. Takde mengamuk pun tengah malam, hanya merengek nak menyusu je.

Lagi satu Airis ni kalau dah ngantuk sangat mesti dia mengamuk nak tidur.. jadi nak redakan amukan dia Mas pasang ayat² suci Al-Quran, terus automatik dia reda dan lena.

Ayat² Al-Quran tu Mas pasang dari Samsung Note melalui aplikasi iQuran. Itulah gunanya ada handphone canggih, bukan sekadar untuk online je!


Tengoklah, lena ditemani alunan ayat² suci Al-Quran. Lega mama tengok!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com