Terkini dan Sensasi

Sabtu, 31 Ogos 2013

Cerita bergambar [2]

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah tak buat entri cerita bergambar. Dalam entri pertama tu ada janji setiap hari Jumaat nak buat entri camni, santai² di hari Jumaat konon. Tapi akhirnya ke laut, dah berapa lama tak buat. Jadi hari Sabtu ni nak buatlah, mari layan cerita bergambar Mas untuk kali ni.

1. Rindunya nak pergi Cameron Highlands lagi, seronok! Terutamanya pergi Kea Farm, macam² ada dan murah². Sayur murah, buah murah, barang cenderamata murah, kaktus murah dan yang paling seronok dapat makan strawberi celup coklat yang murah. Nanti nak pergi lagi.



2. Inilah handbag raya kita, hehehee! Baru hari ni nak tayang padahal dah lama beli dah. Takdelah beli yang jenama mahal sangat, Alfio Raldo je. Masa beli ni guna nombor ahli kawan adik, jadi dapatlah diskaun 30%. Asalnya nak pilih warna merah tapi disebabkan beg merah dah banyak kena pilih warna pink pulak. Comel tak beg kita? 



3. Sadis sangat sebab headband cantik yang mama beli banyak² ni jadi penghuni almari je. Masa Airis masih baby memang seronok tengok dia pakai headband, terletak je kat kepala dan comel. Tapi bila dia dah makin besar dan pandai tarik², headband itu hanya bertahan di kepala selama beberapa minit sahaja. 1 minit pun tak sampai!



4. Husband tengah setting kamera untuk outdoor photoshoot sempena anniversary kami semalam. Dah lama tak outdoor photoshoot jadi kali ni teruja nak buat, lagipun anniversary kan? Biasanya kalau photoshoot ni memang kami buat sendiri, takdelah nak upah jurugambar khas pun. Lagi pun ada DSLR sendiri, jadi guna je. Dapat jimat bajet. Gambar photoshoot sebenar nanti Mas update entrinya.



5. Bila dah semakin besar dan lasak, memang susah sikit nak ambil gambar si kecik ni. Ini pun puas panggil dia untuk pandang kamera, muka pun macam tak rela je kena duduk atas batu tu. Hehehee!


Jumaat, 30 Ogos 2013

11 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Setelah harungi pelbagai dugaan semasa bercinta selama 6 tahun kami diijabkabulkan pada 30 Ogos 2002. Setelah menempuh pahit manis, suka duka, sedih gembira, gaduh² mesra dan pelbagai macam lagi, hari ini genaplah 11 tahun usia perkahwinan kami. Rasa syukur sangat sebab cinta kasih sayang kami terus bersemi sehingga hari ini. Walaupun kadang kala ada jugak selisih faham dan bermasam muka tapi itulah lumrah alam perkahwinan, barulah rasa pahit manisnya kan?

Doa Mas moga hubungan cinta kasih sayang ini terus mekar hingga hujung nyawa. Moga kami terus berkasih sayang tanpa jemu, dan moga Allah SWT pelihara hubungan ini dan kekal selamanya.

Happy Anniversary Abang, I LOVE YOU!


Inilah amanah Allah hasil hubungan cinta kasih sayang kami, 3 orang buah hati pengarang jantung yang comel dan bijak. Merekalah pelengkap hubungan selama 11 tahun ni.


Khamis, 29 Ogos 2013

Pejabat baru dan bos baru

Assalamualaikum...(^ ^)

Dalam entri lepas, Mas ada cakap telah berpindah ke pejabat baru. Mas mula berpindah pada 15 Julai yang lepas. Bukan pindah jauh pun, hanya naik satu tingkat je. Dari Aras 9 ke Aras 10. Sekarang Mas jadi PA kepada bos besar di Bahagian Sumber Manusia, sebelum ni PA pada timbalan.

Beza antara bos lama dengan bos baru ialah kali ni Mas bekerja dengan bos perempuan, pertama kali dapat bos perempuan sejak 10 tahun berkhidmat di KKM. Kalau ikutkan memang Mas kurang suka sikit dengan bos perempuan. Bukannya apa, kita kan perempuan jadi kita dah faham emosi perempuan camne bila marah. Selalu lebih² kan? Tapi kalau bos lelaki mereka lebih rilek sikit.

Tapi setakat hari ni Mas takde masalah dengan bos, Mas boleh ikut rentak dia dan senang berkerja dengan dia. Walaupun kadang² agak terkejar² jugak, maklumlah dah jaga bos besar ni memang sentiasa sibuk. Kadang tu tak menang tangan dibuatnya. Masa jaga timbalan dulu, rilek sikit. Tapi nak buat camne, kerja tetap kerja. Sibuk ke tidak ia tetap tanggungjawab kita.

Suasana ruang pejabat pulak agak berbeza jugak, kalau di Aras 9 dulu agak besar sikit bilik Mas tapi di Aras 10 ni agak kecil sikit. Tapi takpelah, Mas tak kisah pun. Janji dapat buat kerja dengan sempurna. Ini gambar pejabat lama dan pejabat baru Mas.

Rindu pejabat lama, hampir 7 tahun kat situ.

ruang pejabat lama

ruang pejabat baru

Rabu, 28 Ogos 2013

Wordless Wednesday [73]

Assalamualaikum...(^ ^)

Roti sosej untuk minum petang semalam, sedap! Guna pulak sosej dari produk Ramly, lagi sedap. Berebut anak beranak makan, hehehee!


Selasa, 27 Ogos 2013

Membeli belah di Ramly

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² Mas memang suka makan nugget, sosej, meatball dan daging burger. Mereka suka makan bersama dengan nasi dan roti, boleh dikatakan tiap² minggu kena beli benda² ni. Mama dengan babahnya pun suka, hehehee!

Kalau dulu kami beli makanan ni dekat pasaraya, biasanya beli brand Ayamas atau NutriPlus. Tapi sejak ada stokis Ramly di bandar Salak Tinggi, kami beli kat situ. Sangat murah dan berbaloi. Nak pulak husband jadi ahli dan ada member card, siap ada diskaun lagi. Nugget, sosej, meatball dan daging burger dia pun sedap, yang penting halal sebab produk Ramly ni produk anak tempatan.



Jadi sekarang, kalau habis stok makanan ni memang kami akan beli dekat stokis Ramly je. Tengok gambar ni, sosej dengan meatball tu baru RM8 sepeket. Isi kat dalam ada lebih 20 biji. Pastu sos cili dan mayonis pun kami beli kat situ jugak, sos cili baru RM3 untuk peket sekilo dan mayonis RM13 untuk peket 3 liter. Haaa sangat berbaloi kan?

Yang pastinya semua produk² Ramly ni sedap sangat.

Isnin, 26 Ogos 2013

Nur Airis Arissa : 9 bulan

Assalamualaikum...(^ ^ )

Tenggelam timbul, tenggelam timbul update sekarang ni. Sejak tukar pejabat baru dan bos baru ni memang tak sempat nak update. Ini pun curi² masa bos pergi mesyuarat, dan pasal pejabat baru dan bos baru nanti cerita. Nak cerita dulu pasal Airis dah masuk 9 bulan pada Sabtu lepas.

9 bulan dah anak mama, lagi 3 bulan dah setahun. Masa begitu pantas, anak² semakin membesar dan terasa diri semakin tua. Di usia 9 bulan Airis memang semakin lasak, lasak dan lasak. Semua benda nak capai dan masuk mulut, apa saja! Pernah kakaknya sepahkan bungkus gula², dia nampak sepantas kilat dia ambik dan gigit. Terkoyak sikit dan dia tertelan, pastu terus termuntah dan nasib baik keluar cebisan bungkus tu. Apa lagi kakaklah kena marah!

Satu lagi dia dah makin laju merangkak, nampak kita nak ke dapur laju dia mengikut. Dapur tu dah jadi kawasan jajahan dia dah. Babahnya entah bila nak buat pagar, pastu kalau pintu terbuka kemain laju dia nak merangkak keluar. Jadi kalau buka pintu kena cepat² tutup grill.

Pastu dah cekap berdiri berpaut dan lepas tangan, kemain menyengih kalau buat camtu. Tapi bila jatuh sikit nangis macam kena dera, hehehee! Sekarang dia dalam proses nak berdiri sendiri tapi belum ada keberanian lagi. Kalau paut² tu memang dia cekap sangat.


Bab mengemas dan buat sepah memang nombor satu. Tempat kegemaran sudah tentu kabinet TV, jadi dah takde alas² dan hias². Dah jadi tempat dia tengok TV sambil ketuk² kabinet dan mulut bising jerit². Tengok gambar tu, tengah khusyuk tengok babyTV sambil mulut bising menjerit.


Lagi satu dah pandai jerit² dan nangis kalau sesuatu yang dia nak kita tak bagi, kemain lagi dia. Tengok gambar ni, sibuk nak tarik wayar kipas. Bila tak bagi dia jerit sambil angkat² tangan, geram mama!

Tapi itulah, setiap kepandaian dan ragam dia tu buat mama gembira sebab dia membesar dengan sihat dan pandai. Mama tak sabar tunggu Airis pandai jalan.

Selasa, 20 Ogos 2013

Rezeki lepas raya

Assalamualaikum...(^ ^)


Tengok tu, lebat kan buahnya! 

Alhamdulillah, tahun ni hasil dusun arwah abah menjadi lagi. Terutamanya buah durian dan duku langsat, setiap pokok berbuah dengan lebatnya. Hasil durian pulak tidak sebanyak tahun 2011 yang lepas, tapi tetap setiap batang pokok berbuah. Balik raya hari tu terkejut tengok semuanya berbuah, ingatkan takde hasil tahun ni.

Insya Allah ada rezeki, bulan depan gugurlah buat durian tu. Memang dia nak suruh balik kampung lagi sekali ni selepas raya. Tak sabar rasanya nak tunggu buah tu gugur, nak makan durian puas². Pastu nak buat stok tempoyak lagi. 

Inilah untungnya arwah abah rajin berbudi kepada tanah, setiap tahun anak cucu merasa hasil tanaman arwah. Memang hasilnya tak pernah mengecewakan. Kalau bukan durian yang berbuah, manggis dan rambutan akan berbuah, jadi memang berbaloi²!

Isnin, 19 Ogos 2013

Cerita Raya 2013

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni baru masuk kerja dan hari ni jugak baru pegang keyboard komputer. Jadi hari ni jugaklah baru boleh update pasal cerita Raya 2013. 

Raya tahun ni serba sederhana dan banyak habiskan masa kat rumah, tak pergi beraya ke mana² sangat. Lepas sembahyang raya dan sesi bermaafan adik beradik Mas terus gerak balik ke rumah mak mertua di Kuantan. Lepas Zuhur baru gerak ke rumah tok husband di Pekan.

Raya kedua pulak hanya beraya kat rumah sedara mara husband, pastu habiskan masa kat rumah mak mertua sampai hari Ahad. Ahad gerak balik ke Temerloh dan Isnin husband dah balik ke Salak Tinggi sebab Selasa dia dah mula kerja. Jadi Mas pun hanya habiskan sisa cuti di kampung Temerloh sampailah hari Sabtu, itu saja cuti raya Mas!

Macam biasa setiap kali raya mesti ada gambar satu family kan? Inilah gambar family Mas masa hari raya pertama, serba pink gitu.



Ini pulak gambar beramai². Tahun ni hanya 5 beradik yang balik beraya kat kampung Temerloh, lagi 2 beradik beraya di rumah mertua masing². Masih tak dapat lagi nak kumpul 7 beradik setiap kali raya. Kalau dapat kumpul, pasti seronok. Cucu² arwah mak dan abah pun dah ramai, kalau mereka masih ada mesti mereka seronok sebab dikelilingi cucu². Huhuhuu, tersayu pulak!


Isnin, 5 Ogos 2013

Done packing

Assalamualaikum...(^ ^)

Siap jugak mengemas beg, 3 hari 3 malam kemas dan inilah hasilnya. Rasa macam nak balik kampung sebulan! Baru 3 orang anak + mama dan babahnya, kalau anak 5 mau selori kot.


Tak sabarnya nak balik kampung esok, harap perjalanan lancar dan takde kesesakan. Mas akan gerak seawal jam 10 pagi. Senang bertolak pagi² takdelah panas sangat!

Pada kawan² yang nak balik kampung esok jugak, moga perjalanan lancar dan selamat sampai ke destinasi. Jangan memandu laju², biar lambat asal selamat. Kalau mengantuk rehat sebentar pastu baru teruskan perjalanan.

Oklah, nak tidur dah ni. Esok nak memandu.

Ahad, 4 Ogos 2013

Persiapan raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun ni persiapan raya Mas ala kadar, banyak beli baju untuk anak² je. Untuk Mas dan husband hanya sepasang sorang. Tudung dan kasut pun tak beli, pakai yang dah biasa pakai pergi kerja. Biar anak² rasa gembira sikit nak raya, kita yang dewasa berpada² je. Zaman kanak² kita dah puas beraya sakan.

Tiap kali nak shopping raya Mas akan buat bajet dulu, jadi tahun ni peruntukan RM500 untuk lengkap semuanya. Alhamdulillah tak melebihi bajet. Shopping pun masa Jusco buat members day sales, jadi dapatlah membeli-belah dengan harga yang murah. Hasrat hati nak jugak shopping kat Jalan TAR tapi batalkan hasrat tu, tak mampulah nak bersesak² dengan anak kecik lagi.

Jadi legalah sikit bila dah selesai untuk persiapan raya ni, tinggal nak balik kampung je.


Jumaat, 2 Ogos 2013

Next week dah cuti, SELAMAT HARI RAYA!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni datang pejabat ceria je, maklumlah hari terakhir kerja. Minggu depan dah mula bercuti. Cuti sakan 2 minggu sambil makan Lemang, Rendang, Ketupat dan Kuih Raya puas². Oppsss jangan terlebih makan sudah, nanti makin bertambah kembang badan. Hehehee!

Pada awalnya Mas nak mula bercuti 6hb. Tapi disebabkan sekolah anak² pun dah mula cuti dan taska pun dah tutup bermula 5hb tu, maka mamanya pun ambil cuti je. Tapi bukan esok balik kampungnya, Mas balik kampung 6hb. Esok, Ahad dan Isnin bolehlah kemas rumah dulu, hias apa yang patut. Barulah semangat nak raya bila rumah dan cantik kan?

Barang² dan beg untuk balik kampung dah siap kemas separuh. Baju anak² dah kemas cukup lengkap sepanjang berada di kampung nanti, cuma beg Mas dan husband belum kemas lagi. Bila anak 3 orang ni banyak sikitlah baju² nak dibawak balik, macam Mas lebih suka bawak baju secukupnya. Kalau 10 hari di kampung, 10 helai sorang baju Mas bawak. Senang, tak payah pening² kepala.

Tapi macam biasalah, Mas akan balik dulu dengan anak². Husband Mas malam raya baru dia balik. Alhamdulillah, tahun ni dia dapat cuti raya. Dia cuti dari 8hb hingga 12hb, jadi mula² Mas akan beraya di rumah mertua kat Kuantan. Lepas husband dah habis cuti baru beraya di kampung sendiri di Temerloh. Itu yang ambik cuti 2 minggu, seminggu di kampung husband dan seminggu di kampung Mas. Baru adil dan saksama kan? 

Di kesempatan ini jugak Mas nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua kawan² pembaca blog Mas. Mohon ampun dan maaf kalau ada salah silap, terima kasih kerana sentiasa menyokong blog Mas. Hati² memandu bila nak balik kampung tu, semoga selamat sampai di kampung dan dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta!


Khamis, 1 Ogos 2013

Nur Airis Arissa : 8 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedar tak sedar dah masuk usia 8 bulan si Airis ni, kejap sangat masa berlalu. Sebenarnya 24hb hari tu usia dia genap 8 bulan, tapi biasalah update cerita lambat sikit. Hehehee!


Masuk usia 8 bulan ni makin panjang akal dia dan makin lasak, lebih lasak dari kakak dan abangnya dulu. Kalau duduk dalam walker tu memang tak akan lama punya, bolehlah dalam 10-15 minit je. Pastu kejap lagi dia mengamuklah nak keluar, dia lebih suka berdiri berpaut pada walker tu sambil lepas sebelah tangan dan jerit² tanda suka hati. 

Makan macam biasa sentiasa selera, memang Mas tiap² hari masakkan bubur nasi untuk dia. Pastu susu pulak masih fully breastfeed, alhamdulillah. Cuma dah makan ni dia memang kuranglah menyusu, biasanya satu hari tu dalam 12oz ke 16oz je. 

Pastu dah pandai mengamuk kalau orang lalu depan dia tapi tak dukung, mulalah menangis macam orang kena pukul. Kadang² dengan babah, kakak dan abang dia tak mau langsung, nak mama je. Dahlah mama banyak kerja. Kalau biar memang melalak sakan, nak tak nak kena dukung jugak. Pastu pandai dah buat bunyi "mmmaaa mmmaaa" kalau kita tak dukung dia, comel je! 

Itulah tumbesaran dan kepandaian dia, moga dia sentiasa membesar dengan sihat dan kuat.


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com