Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 2 Julai 2014

Idea memasak

Assalamualaikum.. (^ ^)


Hari ni Mas nak cerita sikit macam mana nak dapat idea memasak untuk bulan puasa. Biasalah tiap kali puasa mesti tekak kita nak makan macam² kan? Sebolehnya makanan yang jarang kita masak pada hari² biasa. Lagi² suami dan anak², bila bulan puasa ni macam²lah mereka nak makan. Jadi kalau nak masak, Mas lebih suka tanya apa suami dan anak² nak makan. Sebagai mak ni biasalah, tekak suami dan anak² lebih penting kan?

Camne nak dapat idea tu?
Mula Mas akan tanya suami dan anak² dulu. Bila mereka dah bagi macam² cadangan, Mas akan pilihlah yang mana sesuai nak masak. Idea² menu yang lain tu KIV dulu untuk hari seterusnya. Kalau mereka pun takde idea nak makan apa Mas akan cari kat blog² masakan, tengok menu apa yang mudah dan sedap untuk dimasak.

Satu lagi Mas turun ke kafe pejabat, biasanya kat kafe macam² masakan ada. Jadi dari situ boleh jugak dapat idea apa nak dimasak, itu sajalah cara Mas! 

Hari ni punya menu Mas masak ringkas je. Menunya Sambal Sotong + Petai, Ayam Goreng Kunyit dan Sayur Kacang Buncis. Kuih beli je sebab nak buat memang tak sempat, maklumlah sampai rumah lambat. Anak² memang nak kuih hari² tapi Mas janji dengan mereka hari minggu baru buat.

Selamat memasak bagi ibu² dan isteri² yang memasak tu! 

7 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...betul tu tanya pendapat suami n anak2 lepas tu baru boleh pilih nak masak apa..:)

    BalasPadam
  2. ok gak kan anum selalu tanya husband je la sebab blum ada anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah... orang ada hasben kan...? (hehe)

      Padam
  3. itu bukan dapat idea... itu ciplak!

    haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada ciplak uncle..
      kita tgk pastu kita olah lah sikit ikut version kita.. heheheee

      Padam
  4. biasa cari kat tenet je. lagi2 tengok pakcik gebu masak. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com