terkini dan sensasi

Isnin, 7 Julai 2014

Vee dah kembali cantik berseri

Assalamualaikum..(^ ^)

Alhamdulillah, hari Khamis lepas kereta Mas dah keluar dari bengkel. Cantik berseri dah! 

Kalau kawan² nak tahu pada 23 Jun lepas Mas terlibat dengan kemalangan, kejadian berlaku masa nak pergi kerja. 6 biji kereta semuanya, kereta Mas nombor 3. Mas memang hentam kereta depan kuat sebab dia brek emergency, lagi pun kereta Mas dah dekat sangat dengan kereta dia. Memang dah tekan habis brek tapi jarak dah terlalu dekat. Tapi kereta belakang sempat mengelak, jadi bumper belakang selamat dari kena hentam. Cuma dapat jugak surat cinta sebab langgar belakang orang. Dah undang² camtu, jadi kena redha.

Masa kemalangan tu memang tergamam habis, sampai Mas lupa yang Airis ada tidur kat tempat duduk belakang. Bila pemilik kereta depan tu ketuk cermin barulah Mas keluar dari kereta, buka pintu belakang dan terus peluk Airis. Kesian dia, terjatuh dari tempat duduk tu. Tapi syukur sangat Mas dan Airis tak cedera apa².

Inilah gambar semasa kemalangan.


Ini pulak gambar bila dah siap repair, berkilat macam baru kan?


4 ulasan:

  1. alhamdulillah semuanya selamat..risau juga kalau bw kereta..takut xsempat nak elak..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...wah dah cantik kembali yer...:)

    BalasPadam
  3. teruk je accident tu erk? naseblah takde pape kan?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com