Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 15 September 2014

Beryani in the house

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni Mas ambik cuti. Mula² cadang nak ikut husband pergi kursus kat Melaka, sekali tak jadi. Husband tak jadi pergi kursus atas sebab² yang tak dapat dielakkan. Bila dah tak pergi mana² dan duduk rumah je, mulalah husband suruh masak itu ini.

Fikir punya fikir husband suruh masak Nasi Beryani dan Rendang Daging. Nasib ada rempah Nasi Beryani yang Atikah dapat masa dia masuk Dapur Cilik Halfest tu, jadi percubaan pertama memasak Nasi Beryani. Takdelah susah sangat, ikut cara² yang ditunjukkan pada bekas rempah tu. Mas sukat pakai sudu je, takde ikut sukatan yang diberi. Alhamdulillah, nasinya masak dengan elok dan sedap! 

Inilah Nasi Beryani dan Rendang Daging yang siap untuk dimakan. Mas buat jugak Acar Mentah Timun + Nenas. Memang kombinasi yang sepadan, licin sepinggan. Atikah sampai 3 kali tambah!


3 ulasan:

  1. Nampak menyelerakan... 3 kali tambah, bukti sedap tu...

    BalasPadam
  2. sedapppp nyee..serius mmg berselera elya tgk

    BalasPadam
  3. Waaa panjangnya nasi . hehehe.. saya skang dah kena berpatang bila sah ada kencing manis dan kolesterol tinggi .... apapun nampak sedap tu Mas ..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com