Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 4 September 2014

Dapur Cilik Halfest

Assalamualaikum...(^ ^)

Dari minggu lepas lagi Atikah dok sibuk cakap yang dia masuk pertandingan memasak. Mas pun buat biasa je sebab ingatkan pertandingan masak biasa yang sekolah anjurkan. Semalam dia pergi pertandingan tu dekat The Mines.


Sekali bila balik kerja dia tunjuk tag peserta, barulah Mas tau dia masuk pertandingan Dapur Cilik Halfest sempena Halal Fiesta Malaysia. Wow terkejut jugak mamanya! Ini pertandingan peringkat tinggi, melibatkan semua sekolah dari seluruh Malaysia. Bangga mamanya, kembang kempis hidung!

Yang buat Mas lagi bangga semalam dia menang tempat kedua. Semalam tema masakan adalah 1Malaysia, dia masak Ikan Siakap Stim Limau. Wahhh hebat jugak anak mama masak menu yang sebegitu. Dalam pertandingan ini dia masak berpasangan, kira 1 kumpulan dua oranglah.

Jumaat ni dia akan masak untuk peringkat suku akhir, temanya adalah masakan dari negeri. Kumpulan Atikah dapat masakan untuk Negeri Sembilan dan kena masak 2 menu. Cikgu dia dah tetapkan menunya ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Udang Masak Tempoyak. Mencabar jugak menunya, jadi semalam terus menuntut ilmu dengan Mas. 

Harapan Mas moga dia dapat lakukan yang terbaik. Lagi pun dia memang minat memasak, selalu sangat nak tolong kalau Mas memasak. Pendedahan camni bagus untuk minat dia, baru dia dapat pengalaman memasak sendiri. 

Buat yang terbaik Atikah, tak menang takpe janji dapat timba pengalaman!

3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com