Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 12 September 2014

UPSR bocor!

Assalamualaikum...(^ ^)


Semua pasti dah tahu mengenai kertas peperiksaan subjek Bahasa Inggeris dan Sains bocor. Tak pasal² semua calon UPSR terpaksa ulang semula untuk kedua² kertas. Baru mereka nak merdeka cuti sekolah minggu depan, tapi disebabkan sikap orang yang tidak bertanggungjawab murid² jadi mangsa.

Ibu bapa pastilah rasa sedih. Maklumlah dah habiskan cuti 3 hari untuk teman anak² study dan bagi semangat di hari peperiksaan, akhirnya ini yang terjadi. Walaupun hanya 3 kertas yang perlu ulang tapi sedikit sebanyak ia memberi kesan yang negatif, terutama pada murid² yang menduduki UPSR.

Memang dah lama tak jadi kes soalan peperiksaan bocor ni, kadang terfikir camne perkara sebegini boleh berlaku? Nak kata cikgu tak bertanggungjawab tak boleh jugak sebab cikgu dapat tengok kertas peperiksaan masa hari sebenar periksa. Mungkin kerja orang dalam di Lembaga Peperiksaan atau cikgu yang bertanggungjawab menggubal dan menyediakan soalan periksa.

Tapi Mas tak nak tuduh sesiapa, biar pihak Kementerian Pendidikan menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi. Mas nak orang yang tak bertanggungjawab itu dapat balasan yang setimpal! 

3 ulasan:

  1. Kesian pada ank2 yang nak exam nie..mesti stress... Teruk btol pd org yg x bertanggungjwab nie... mmg x amanah!

    BalasPadam
  2. Salam. Terbaca ur komen dekat another blog, u pernah upah indonesion buat kerja reno kan.

    Boleh tak rekomen dekat i?
    Harap boleh sms no dia kat saya 012-9112421. Tq

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com