Assalamualaikum...(^ ^)
Cerita bergambar bersiaran setelah lama menyepi. Banyak gambar dan kisah nak kongsi tapi penyakit malas tu selalu datang, itu yang semua tak jadi. Jom tengok gambar²nya sambil Mas cerita.
1. Rutin setiap hari bekerja. Keluar pagi gelap camni, balik petang pun gelap jugak. Walaupun penat tapi tanggungjawab kan, jadi kenalah laksanakan.
2. Infused water Mas untuk hari ini, buah delima + lemon + epal hijau. Sedap, masam manis rasa buah delima tu hilangkan rasa pahit kulit lemon.
3. Percubaan pertama buat Apam Beras. Walaupun rupanya tak comel tapi rasanya sedap. Gebu gebas apamnya dan cara nak buat pun mudah!
4. Aktiviti wajib Nur Airis Arissa setiap kali balik taska dan setiap hari minggu. Apa lagi kalau bukan Frozen, Frozen, Frozen. Sampai mamanya ni dah hafal jalan cerita dan lagu²nya.
5. Entah bilalah dia pandai panjat camni, tengok² dah pandai je. Bila marah siap gelak² dan buat lagi tanpa rasa takut pun, kemain dia!
sy pun ada diserang penyakit M nih kak.. hahaha
BalasPadamwah... sedapnye apam gebu gebas!
BalasPadambudak2 sekarang, frozen frozen frozen. hehe.
BalasPadamp/s: sedapnya airrr tu ^^