Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 13 Oktober 2014

Kursus Team Building [part 2]

Assalamualaikum...(^ ^)

Allahuakbar, hari tu janji nak sambung cerita kursus ni part 2 tapi asyik lupa je. Jadi hari ni Mas habiskan kisah kursus tu, walaupun dah basi tapi biarlah ia disimpan di blog ini sebagai kenangan!



Part 1 Mas dah cerita pasal resort serta hari pertama dan kedua kursus, hari ni Mas cerita pulak aktiviti hari ketiga dan hari terakhir. Hari ketiga kami ada aktiviti jungle trekking. Pihak fasilitator tak bercadang nak bawak kami daki sampai ke puncak gunung sebab dia kata memakan masa yang agak lama dan melalui tangga yang agak sukar laluannya. Jadi kami trekking ke Batu Kapal dan Telaga Tok Sheikh, dan kedua² tempat ini memang popular di Gunung Jerai.

Nak ke tempat tersebut kami ikut laluan yang diberi nama Alor Gajah. Laluan tu melalui hutan simpan dan laluannya tidaklah sukar kerana dah dibuat trek simen, memang mudah. Cuma laluan agak sempit dan keadaan sekeliling sunyi, sekali sekala terdengar jugak bunyi burung dan serangga hutan.

gambar di atas Batu Kapal

Lebih kurang 1 jam kami sampai kat kawasan Batu Kapal. Menurut cerita fasilitator kami kapal tersebut kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai. Memang nampak batu tersebut berbentuk kapal. Di kawasan batu ni ada orang bertapa untuk menuntut pelbagai ilmu dan ada jugak yang berkhemah.


Habis di Batu Kapal kami teruskan trekking ke Telaga Tok Sheikh. Air telaga memang dari sumber semulajadi yang wujud bertahun lamanya, tapi kawasan telaga telah diubahsuai untuk menjaga kebersihan airnya. Dikatakan air telaga ini tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Mas cuba minum air telaga tu, rasanya agak manis dan lebih sedap dari air mineral biasa. 


Lebih kurang ½ jam di telaga kami kembali ke resort dan teruskan dengan aktiviti lain. Petang itu kami tamatkan sesi kursus sebab keesokkan hari nak gerak balik awal pagi. Sebelah malam pulak kami buat BBQ dan berkaraoke. Hari Jumaat kami gerak balik pukul 10.30 pagi dan tiba di Putrajaya jam 5.30 petang. Memang tak singgah mana² sebab pemandu bas nak kejar masa.

Itulah kisah kursus Mas, seronok dan banyak pengalaman menarik!

Ahli kumpulan Mas, KING namanya. Kami menang Kumpulan Terbaik


Dari puncak resort, nanti nak ajak husband dan anak² bercuti kat sini

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com