terkini dan sensasi

Rabu, 15 Oktober 2014

Petai kampung

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa suka makan petai? Mas memang suka samada makan mentah atau dimasak. Maklumlah Mas penggemar ulam yang tegar. Walaupun ramai kata petai baunya busuk tapi ia ada khasiat tersendiri.


Inilah petai kampung hasil dari kebun di kampung, gemuk isi dia. Memang setiap tahun pokok petai tu akan berbuah, cuma kadang² menjadi dan kadang² tak. Tapi kali ni menjadi sangat buahnya, lebat!

Masa arwah mak ada dialah orang paling seronok kalau petai berbuah. Gagah dia pergi kait buah petai tu, dahlah pokoknya tinggi. Bila dah habis kait dia akan rebus dan buat petai jeruk, berbalang² dibuatnya dan mesti cukup 7 balang untuk kami 7 beradik. Setiap sorang mesti dapat! Yang syoknya petai jeruk arwah mak memang sedap.

Tapi memang seronok tengok hasil dari kebun peninggalan arwah abah. Terus teringat dan rindu pada mereka yang tak pernal kenal erti jemu berbudi pada tanah untuk anak dan cucu makan hasilnya.

2 ulasan:

  1. wow,mata dia besar2,cantik! susah nk cr mcm ni kak,xlama lagik,silap2,petai pun org jual online kak.hehehe

    BalasPadam
  2. saya pun suka makan petai cicah budu! hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com