terkini dan sensasi

Selasa, 7 Oktober 2014

Raya Haji kami

Assalamualaikum...(^ ^)

Kembali menjenguk blog setelah 4 hari berkursus dan 3 hari cuti Hari Raya Haji.

Jadi hari ni nak cerita pasal cuti Raya Haji dululah, esok baru cerita pasal kursus kat Gunung Jerai yang sangat seronok tu.

murah rezeki tahun ni, dapat 5 kilo daging korban


Raya Haji tahun ni memang sangat sederhana. Takde pakai baju raya pun, takde juadah raya pun dan takde jalan² raya pun. Takde mood sebab husband bekerja dan badan masih penat baru balik kursus. Kemaruk nak tidur je sepanjang masa.

Bangun pagi raya cuma rebus ketupat palas segera, pastu makan dengan telur dadar. Nampak sangat malasnya kan? Tapi walaupun masak camtu licin jugak anak² bedal, sedap kata mereka makan camtu.

Bila dah tengahari fikir nak makan apa pulak, nak masak barang basah takde. Tapi alhamdulillah dalam pukul 2 lebih tu rezeki dapat daging korban. Masjid kat kampung dekat dengan taman bagi, dapat 2 kilo daging. Pastu husband bawa balik lagi 3 kilo, yang ni dia dapat dari Masjid Nilai. Biasalah bomba kan, memang selalu tolong melapah daging korban.

Jadi menu tengahari dah sah²lah daging. Mas buat Daging Panggang je, masak dalam kuali ajaib. Esok raya kedua buat Nasi Lemak, makan dengan Sambal Telur dan Daging Goreng Kunyit. Itu saja kisah Raya Haji Mas dan suami bersama anak². Walaupun sederhana tapi erti pergorbanan tu tetap ada!

1 ulasan:

  1. saya pun simple sgt kak! haih! tapi daging MIL sy dpt banyak.nk buat dendeng! hehehe


    #klikIklanSINI

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com