Terkini dan sensasi

Isnin, 29 September 2014

Kursus : Airis kena tinggal

Assalamualaikum...(^ ^)

5 hari kau tak update!
Memang mengaku Mas malas, malas sebab batuk sangat teruk. Dah makan macam² ubat dan cuba pelbagai petua tetap tak baik lagi.

Tapi hari ni agak ada mood, Mas updatelah sikit supaya tak suram sangat blog ni. Mulai esok sampai Jumaat Mas akan pergi kursus kat Gurun, Kedah. Tempat kursus di The Regency Jerai Hill Resort, atas puncak Gunung Jerai tu haaaaa. Mesti seronok sebab pertama kali Mas pergi sana.


Bila dah kena pergi kursus lama² ni macam biasalah kena buat pilihan sama ada nak bawak husband dan anak² ikut sekali atau tak. Kalau ikut Mas memang nak bawak mereka semua. 2 dalam 1, sambil kursus sambil jalan². Tapi kali ni memang tak boleh nak bawak mereka sebab pergi hari anak² bersekolah, tak akanlah 4 hari mereka nak ponteng sekolah. Nak tak nak kena tinggal anak² dan babahnya ambik cuti jaga mereka.

Paling sedih sebab kena tinggal Airis, dahlah kali pertama Mas tinggalkan dia. Semalam pun dia asyik berkepit dengan Mas, tau agaknya mama nak tinggalkan dia 4 hari. Aduhai mesti mamanya ni yang sedih lebih esok. Jangan Airis nangis nak ikut dahlah atau mama yang nangis lebih², hehehee!

Kakak dan abang tu sedih jugak sebab tak dapat ikut mama, Mas pun sedih sebab tak dapat bawak mereka. Tapi nak buat camne, mereka kena sekolah. 

Takpe anak², cuti sekolah nanti kita pergi bercuti!

Rabu, 24 September 2014

Naik harga

Assalamualaikum...(^ ^)

Barang naik harga!
Kita pun rasa nak naik angin kan?


Sekarang memang mendadak betul barang naik harga. Macam baru semalam beli dengan harga murah sekali hari ni tengok dah harga baru, lebih mahal pulak tu. Memang sangat terasa dan agak membebankan terutama barang yang dibeli tu keperluan anak² dan barang keperluan harian.

Macam semalam, Mas nak beli susu Airis. Minggu lepas beli satu pek susu S26 600 gram baru RM29, sekali semalam tengok harga dah naik ke RM31.80. Wahhh makin mahal, dahlah 1 pek 600 gram tu seminggu je Airis boleh habiskan. Parah mama dia camni. Tapi parah camne pun tetap kena belikan, kalau tak camne anak nak menyusu.

Pastu pagi tadi nak beli roti gardenia yang 70 sen tu. Sekali anak Mas beli dia cakap "Mama dah naik hargalah roti tu, 80 sen dah sekarang." Fuhhh cepat betul naik harga lepas laksana GST ni, kalau saiz roti pun bertambah besar takpelah tapi sama saiz je.

Tapi itulah, walau kita bising dan tak puas hati camne pun dengan kenaikan harga barang ni kita tetap kena beli jugak. Dah semuanya barang keperluan, cuma kita perlu pandai cari kedai atau pasaraya yang jual dengan harga lebih murah. Yang pastinya beli waktu pasaraya buat sale. Biasanya harga lebih murah berbanding biasa, baru tak rasa terbeban sangat!

Ahad, 21 September 2014

Terima kasih follower

Assalamualaikum...(^ ^)


2-3 hari tak update rupanya, kesihatan tak mengizinkan. Seminggu demam + batuk + selsema, pastu ditambah dengan sakit mata pulak.

Memang sekarang Mas dalam proses nak kembali aktif berblog, tapi secara perlahan²lah. Ada masa dan idea Mas akan update, dan buat masa ni hanya mampu satu entri sehari. Nak menulis macam dulu, satu hari sampai 4-5 entri memang tak mampu dah. Bukan saja kekangan masa tapi faktor usia kot, otak dah tepu nak fikir idea yang menarik.

Cuma untuk entri hari ini Mas nak berterima kasih pada semua follower blog Mas, baik yang lama mengikuti blog ini dari mula dulu ataupun yang masih baru. Walaupun tak seaktif masa awal pembabitan Mas dalam dunia blog tapi boleh dikatakan ada sahaja follower baru yang sudi mengikuti blog ini. Bukan sahaja jadi follower tapi mereka baca dan komen entri Mas yang lama.

Ada sesetengah siap mintak pandangan, pendapat atau tips, tapi Mas minta maaf kalau tak penuhi permintaan tersebut. Bukan Mas berlagak sombong tapi kekangan masa membuatkan Mas tak sempat buat entri tentang permintaan tu. Bila semakin ada semangat nak aktif semula, Mas akan cuba penuhi permintaan jika ada yang mintak pandangan atau tips. Mas akan cuba sedaya upaya!

Untuk semua follower, jangan serik ikuti blog Mas ye. Walaupun Mas jarang update sekarang tapi sekurang²nya dalam blog ini ada ilmu dan manfaat yang boleh dijadikan panduan. Ambik yang baik² sahaja untuk dijadikan teladan, itu dah cukup buat Mas bangga!

Isnin, 15 September 2014

Beryani in the house

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni Mas ambik cuti. Mula² cadang nak ikut husband pergi kursus kat Melaka, sekali tak jadi. Husband tak jadi pergi kursus atas sebab² yang tak dapat dielakkan. Bila dah tak pergi mana² dan duduk rumah je, mulalah husband suruh masak itu ini.

Fikir punya fikir husband suruh masak Nasi Beryani dan Rendang Daging. Nasib ada rempah Nasi Beryani yang Atikah dapat masa dia masuk Dapur Cilik Halfest tu, jadi percubaan pertama memasak Nasi Beryani. Takdelah susah sangat, ikut cara² yang ditunjukkan pada bekas rempah tu. Mas sukat pakai sudu je, takde ikut sukatan yang diberi. Alhamdulillah, nasinya masak dengan elok dan sedap! 

Inilah Nasi Beryani dan Rendang Daging yang siap untuk dimakan. Mas buat jugak Acar Mentah Timun + Nenas. Memang kombinasi yang sepadan, licin sepinggan. Atikah sampai 3 kali tambah!


Jumaat, 12 September 2014

UPSR bocor!

Assalamualaikum...(^ ^)


Semua pasti dah tahu mengenai kertas peperiksaan subjek Bahasa Inggeris dan Sains bocor. Tak pasal² semua calon UPSR terpaksa ulang semula untuk kedua² kertas. Baru mereka nak merdeka cuti sekolah minggu depan, tapi disebabkan sikap orang yang tidak bertanggungjawab murid² jadi mangsa.

Ibu bapa pastilah rasa sedih. Maklumlah dah habiskan cuti 3 hari untuk teman anak² study dan bagi semangat di hari peperiksaan, akhirnya ini yang terjadi. Walaupun hanya 3 kertas yang perlu ulang tapi sedikit sebanyak ia memberi kesan yang negatif, terutama pada murid² yang menduduki UPSR.

Memang dah lama tak jadi kes soalan peperiksaan bocor ni, kadang terfikir camne perkara sebegini boleh berlaku? Nak kata cikgu tak bertanggungjawab tak boleh jugak sebab cikgu dapat tengok kertas peperiksaan masa hari sebenar periksa. Mungkin kerja orang dalam di Lembaga Peperiksaan atau cikgu yang bertanggungjawab menggubal dan menyediakan soalan periksa.

Tapi Mas tak nak tuduh sesiapa, biar pihak Kementerian Pendidikan menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi. Mas nak orang yang tak bertanggungjawab itu dapat balasan yang setimpal! 

Rabu, 10 September 2014

Gadget oh gadget

Assalamualaikum...(^ ^)


Inilah Note4 yang bakal dijual di pasaran tidak lama lagi, menawan kan?

Haihhhh, Mas memang lemah jiwa raga kalau tengok gajet baru ni terutama handphone. Mulalah terfikir nak tukar baru terus, padahal handphone yang ada ni tak sampai setahun lagi pakai. Tapi Mas dah tanam azam dalam diri tak mahulah dok asyik nak tukar handphone baru je, pakailah sampai rosak yang ada sekarang. Baik kumpul duit untuk kegunaan yang lebih penting.

Bab gajet ni memang tak terkejar oleh kita. Sentiasa saja ada yang baru, semuanya mengikut peredaran masa dan teknologi yang semakin canggih. Sekarang pun dah keluar jam Samsung Gear. Siap boleh buat call, memang canggih

Pastu syarikat² besar seperti Samsung dan Apple pun bersaing keluarkan handphone dan gajet baru. Peminat gajet pun dengan tak sabar menanti keluaran baru tersebut. Mana yang memang minat terus beli tanpa fikir panjang, pantang keluar handphone baru mesti nak tukar.

Jadi pada peminat gadget yang tegar nantikan kemunculan Samsung Note4 dan Iphone6 di pasaran tidak lama lagi.

Selasa, 9 September 2014

Suka meja kemas camni!

Assalamualaikum...(^ ^)


"Kemasnya meja kau Mas, macam takde kerja!"

Memang ada kawan² pejabat yang tegur camtu, tapi Mas tak kisah pun. Bukan takde kerja tapi Mas memang suka meja kemas walaupun banyak kerja. Bagi Mas lagi serabut kalau meja semak dan bersepah, nak buat kerja pun susah!

Kalau banyak surat dan fail masuk Mas akan susun dulu elok². Pastu barulah cop dan rekod, sama jugak kalau surat dan fail keluar. Memang dah terbiasa camtu, takde nak lambak je atas meja.

Tapi ada jugak setengah orang dia lebih senang dan selesa buat kerja kalau meja bersepah. Terpulanglah kan, lain orang lain caranya. Janji kerja selesai!

Isnin, 8 September 2014

Chef Cilik Atikah

Assalamualaikum...(^ ^)


Inilah Chef Cilik mama dan babah.

Tahniah kakak sebab berjaya hingga ke peringkat separuh akhir, walaupun mama sedikit terkilan sebab tak dapat langsung tengok anaknya memasak.

Hari Sabtu lepas Atikah berjaya ke peringkat separuh akhir untuk Dapur Cilik Halfest tu. Memang teruja nak tengok dia memasak sebab masa peringkat awal dan suku akhir Mas tak dapat tengok, maklumlah hari bekerja.

Mas dah cadang nak keluar awal dari rumah sebab dah tahu mesti ramai orang nak ke Halfest. Tapi disebabkan husband ada kerja pukul 1 tengahari gerak dari rumah. Sekali masuk jalan nak ke The Mines, dia punya jammed memang panjang. Mas memang dah tak senang duduk dalam kereta, asyik bebel kat husband. Pukul 3 lebih baru sampai, memang kecewa sebab Atikah dah habis masak. Jadi dapat tengok hadiah yang dia dapat je! 

Tapi walau apa pun mama dan babah tetap bangga dengan kebolehan kakak. Tak berjaya ke peringkat akhir pun takpe, janji kakak dah cuba yang terbaik!

Jumaat, 5 September 2014

Photoshoot anniversary : Family

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni Mas nak kongsi cerita photoshoot anniversary yang akhir, kali ni gambar anak² dan gambar sekeluarga. Letih jugak nak ambil gambar² ni sebab si kecik Airis bukan reti duduk diam, asyik nak main je. Bila ajak bergambar meronta² tak nak, berpeluh ketiak mak ni haaaaa!

Jadi ini jelah gambar yang cantik. Itupun ada jugak gambar dia tak pandang kamera, jom tengok!









Khamis, 4 September 2014

Dapur Cilik Halfest

Assalamualaikum...(^ ^)

Dari minggu lepas lagi Atikah dok sibuk cakap yang dia masuk pertandingan memasak. Mas pun buat biasa je sebab ingatkan pertandingan masak biasa yang sekolah anjurkan. Semalam dia pergi pertandingan tu dekat The Mines.


Sekali bila balik kerja dia tunjuk tag peserta, barulah Mas tau dia masuk pertandingan Dapur Cilik Halfest sempena Halal Fiesta Malaysia. Wow terkejut jugak mamanya! Ini pertandingan peringkat tinggi, melibatkan semua sekolah dari seluruh Malaysia. Bangga mamanya, kembang kempis hidung!

Yang buat Mas lagi bangga semalam dia menang tempat kedua. Semalam tema masakan adalah 1Malaysia, dia masak Ikan Siakap Stim Limau. Wahhh hebat jugak anak mama masak menu yang sebegitu. Dalam pertandingan ini dia masak berpasangan, kira 1 kumpulan dua oranglah.

Jumaat ni dia akan masak untuk peringkat suku akhir, temanya adalah masakan dari negeri. Kumpulan Atikah dapat masakan untuk Negeri Sembilan dan kena masak 2 menu. Cikgu dia dah tetapkan menunya ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Udang Masak Tempoyak. Mencabar jugak menunya, jadi semalam terus menuntut ilmu dengan Mas. 

Harapan Mas moga dia dapat lakukan yang terbaik. Lagi pun dia memang minat memasak, selalu sangat nak tolong kalau Mas memasak. Pendedahan camni bagus untuk minat dia, baru dia dapat pengalaman memasak sendiri. 

Buat yang terbaik Atikah, tak menang takpe janji dapat timba pengalaman!

Rabu, 3 September 2014

Photoshoot anniversary : Drama sebabak memujuk isteri

Assalamualaikum...(^ ^)

Masih cerita mengenai photoshoot anniversary. Maklumlah banyak gambar, jadi kena buat banyak entri. Hari ni nak cerita pasal drama sebabak memujuk isteri. Idea nak buat shoot camni secara spontan je. Nasiblah husband sporting, ikut je apa yang Mas suruh buat.

Jom tengok drama sebabak si suami memujuk si isteri yang merajuk manja gitu, kih³!

Si isteri merajuk sebab tunggu si suami lambat sangat sampai

Si suami pun sampai membawa sekuntum bunga dengan harapan berjaya memujuk

Tu dia si isteri dah tersenyum, maknanya pujukan dah hampir berjaya

Sesi memujuk, jangan nak pikir yang bukan² pulak

Isteri dah gembira, jadi raikan cinta!


Itu sajalah dramanya, harap terhibur. Tiada niat apa², sekadar kenangan indah kami bersama! 

Selasa, 2 September 2014

Photoshoot anniversary : Gambar romantik berdua

Assalamualaikum...(^ ^)


Minggu lepas Mas ada bagitau rancangan nak buat photoshoot sempena anniversary. Mula² cadang tarikh anniversary 30 Ogos, tapi husband kerja jadi tunda ke 31 Ogos. Memang dah rancang nak keluar pagi tapi biasalah perancangan tak selalunya menjadi, akhirnya pukul 11 baru keluar dari rumah.


Lokasi yang Mas pilih ialah Taman Saujana Hijau Presint 11. Sampai kat situ cuaca dah agak panas, jadi rancangan photoshoot terpaksa diubah sikit. Mas tengok ramai jugak orang buat photoshoot pada hari tu walaupun cuaca panas. Jadi kami pun cari tempat yang agak teduh di bawah pokok dan terus siapkan set, set pun ringkas tapi cantik!

Macam biasa photoshoot memang Mas buat sendiri, saja suka² dan untuk jadikan kenangan. Nak upah photographer memang tak mampu, jadi kualiti gambar takdelah sebaik dan secantik gambar yang diambil oleh photographer bertauliah.

Untuk gambar Mas kongsi dalam beberapa entri sebab kalau nak tepek dalam 1 entri banyak pulak gambarnya. Untuk hari ni Mas kongsikan gambar kami berdua, ala² romantik gitu!










Ini saja gambar yang ada setelah ditapis. Nanti Mas kongsi gambar anak² dan gambar sekeluarga.

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com