Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 1 Januari 2015

Banjir 2014 : Day 1 | 25 Disember

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah, dah masuk tahun 2015 hari ni! Syukur alhamdulillah masih bernyawa di tahun baru ini. Tahun 2014 ditinggalkan dengan seribu kenangan pahit dan manis.

Yang paling pahit banjir yang melanda Temerloh dan turut terjejas kampung Mas, memang paling teruk banjir tahun 2014 ni. Banyak Mas nak cerita pasal banjir, jadi Mas mulakan cerita mengikut hari.



Mas balik kampung pada 24hb, rancang balik sebab hari Sabtu ada majlis pertunangan adik. Masa sampai di Temerloh sempatlah singgah di tepi sungai Pahang, masa tu memang tengok air sungai dah semakin naik. Tapi dekat kawasan rumah memang belum dimasuki air lagi.

Air mula naik di halaman rumah Mas pada esok hari, 26hb, masa tu air baru memenuhi halaman rumah je. Memang tak jangka air naik dengan cepat jadi takdelah Mas bersiap sedia kemas barang, lagi pun memang tak jangka akan berlaku banjir teruk di Temerloh.

Ini keadaan air pada 25hb. Nanti esok Mas cerita bagaimana air naik dengan kuat pada 26hb. 







Update terkini : Sekarang ni Mas masih menumpang kat homestay orang kampung, nak balik rumah pun belum boleh sebab masih ditenggelami air.

3 ulasan:

  1. salam singgah semoga tabah ya n semoga semua family selamat.. .. kat Kelantan ni baru nak surut ..

    BalasPadam
  2. takot tengok..
    huhu

    memang laju air naik kan..
    kakak ipar saye pon terlibat dgn bnajir kat temerloh..
    arap sumenye selamat..
    ='(

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas....sedih tengok bila banjir melanda disemua tempat...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com