Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 4 Januari 2015

Banjir 2014 : Day 2 | 26 Disember

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas sambung lagi kisah banjir yang melanda kampung. Hari kedua air naik sangat kuat.




Jam 7 pagi air baru memenuhi laman rumah, selepas 3 jam air dah masuk ke rumah dapur. Dengan hujan lebat yang turun tanpa henti membuatkan air naik dengan lebih cepat. Mas dan adik beradik pun mulakan operasi mengemas barang² di rumah dapur untuk diangkat ke rumah atas dan pagi tu jugak kami terpaksa beli bot fiber untuk persiapan perpindahan. Kami beli pun sebab perahu arwah abah dulu dah habis rosak. 


Selesai angkat barang², kami mengemas barang yang penting. Bukan apa risau jika air naik terlalu kuat dan kami terpaksa berpindah. Sambil menunggu tu, adik Mas melayan anak saudaranya naik bot. Memang seronok mereka semua sebab pertama kali rasa pengalaman banjir.



Tepat jam 7 malam air dah mula naik sangat kuat dan rumah dapur memang air dah paras dada. Semakin lama air dah memenuhi pelantar depan rumah. Kami pun mula naikkan tilam, bantal dan kusyen sofa ke atas para yang dibuat. Hampir jam 12 tengah malam air dah mula masuk ke dalam rumah, bekalan elektrik pun dah dipotong. Malam itu jugak kami terpaksa berpindah, kami hanya bawak barang² yang penting sahaja. Barang elektrik dan barang lain tinggalkan je, nak buat camne memang tak mampu nak bawak semua.

Malam tu kami menumpang tidur dan rehatkan diri di rumah wakaf. Tidur² ayam je sebab risau air akan naik lagi. 

1 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...sekejap jer air dah naik yer...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com