Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 7 Januari 2015

Banjir 2014 : Day 3 | 27 Disember

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ketiga banjir di kampung Mas.

Seawal jam 5 pagi air dah mula memasuki rumah wakaf yang kami tumpang bermalam. Apa lagi terus kemas barang dan memang terpaksa berpindah lagi hari tu. Jam 7 pagi dah gerak berpindah ke kawasan penduduk kampung yang lebih tinggi. Mujur ada penduduk kampung yang baik hati benarkan kami menumpang tinggal di homestay beliau, memang tak terbalas budinya terhadap kami.


Hari ketiga air naik sangat kuat, dalam masa 3 jam air dalam rumah Mas dah paras pinggang. Sedih sangat sebab banyak barang² tak dapat di bawak bersama, terpaksa biarkan tenggelam. Satu lagi perkara yang menyedihkan, majlis pertunangan adik Mas yang sepatutnya berlangsung pada 27 Disember terpaksa dibatalkan. Kesian dengan adik dan bakal tunangnya. Tapi nak buat camne, kena redha dengan takdir Allah. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segalanya.

Pada petang Sabtu husband Mas pergi tengok rumah, air dah melaut di sekitar rumah. Ya Allah sedih tengok, tapi hati kena redha dengan ujian amat berat ini. Inilah gambar sekitar rumah Mas!











4 ulasan:

  1. semoga tabah menghadapi ujian Allah..

    BalasPadam
  2. masyaAllah.. semoga tabah ye sis. ini dugaan untuk hamba yang disayangi Allah..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas....teruk banjir kali ini kn...tinggi betul paras air tu...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com