Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 26 Januari 2015

Isu rotan anak

Assalamualaikum...(^ ^)


Memang dah jadi panas isu rotan anak ni, bila dah dikuatkuasa agaknya anak kita akan cakap kat kita macam gambar kat atas tu. Pening kepala mak ayah lepas ni, kalau anak buat salah hanya boleh marah dan nasihat. Nak rotan sebagai pengajaran dah tak boleh dah, nanti masuk penjara.

Bagi pendapat Mas tidak relevan perkara ini hendak dilaksanakan kerana cara mendidik anak yang paling berkesan adalah dengan merotan. Ini supaya mereka sedar akan kesalahan dan tak akan ulangi lagi. Contoh anak² Mas, kalau setakat marah dan nasihat memang payah nak dengar. Tapi bila dah angkat rotan memang cepat² mereka sedar yang mereka dah buat salah dan janji tak buat lagi.

Rotan bukan bererti mendera tapi sebagai pengajaran, lagi pun ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Dalam hadis baginda ada mengatakan yang untuk mengajar seseorang anak adab, memang perlu kita merotan, jadi dah jelas kan?


Lagi pun jika nak merotan tu ada hadnya, bukan kita merotan membabi buta. Macam Mas biasanya akan rotan anak² di tapak kaki atau tapak tangan, sebab kalau rotan di bahagian tu rasa sakitnya akan cepat reda. Mas pun dulu jenuh dirotan oleh arwah abah kalau buat salah. Takde pun cacat cela, membesar dengan sihat je!

Jadi bagi Mas mendidik anak cara merotan memang lebih berkesan. Tak perlu nak laksanakan rotan anak itu satu jenayah, nanti anak kita yang jadi penjenayah. Fikirlah sedalamnya wahai Datuk Seri!


2 ulasan:

  1. sunnah Nabi..tp menteri kata satu jenayah..
    Fikir sebelum buat keputusan..Rujuk pada yang sahih..
    Kesian menteri kita..
    Syg anak tangan-tangankan..

    BalasPadam
  2. memang tak patut dilaksanakan..lainlah kalau dera..ini rotan sebab nak ajar anak kan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com