terkini dan sensasi

Rabu, 11 Februari 2015

3 beradik

Assalamualaikum...(^ ^)


Besar dah 3 beradik ni. 

Si kakak dah akil baligh, makin berat tanggungjawab mama babah. Badan dah tinggi melonjong, lebih kurang sama tinggi dengan mama dah. Tahun ni 12 tahun umur dia, bakal duduki periksa UPSR.

Si abang pulak darjah 3 tahun ni tapi perangai masih macam budak². Betullah kan, anak lelaki memang lambat matang. Kalau belajar tu kena paksa sikit, kalau tak dia asyik nak main je!

Si kecik Airis semakin bijak! Perangai kalah kakak dan abang dia, macam dah besar sangat dah. Walaupun baru 2 tahun 2 bulan tapi dia memang dah pandai macam² dan nak buat macam². Pastu garang macam mama, hehehee!

Apa Mas rasa bila tengok mereka dah makin besar ni, rasa sebak sangat. Cepat betul masa berlalu, rasa makin berat tanggungjawab nak mendidik mereka jadi insan berguna. Pastu rasa tua dah walaupun jiwa sentiasa muda!

Moga mereka membesar jadi insan yang berguna dunia dan akhirat.

3 ulasan:

  1. besar dh ank2 akk..
    nt si kakak blh jd kwn mama..
    =)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...betul la sekejap jer masa berlalu dan anak2 pun dah mula meningkat dewasa...;)

    BalasPadam
  3. dah besar dah semuanya..semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah..aminnn

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com