Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 17 Februari 2015

Keperluan air

Assalamualaikum...(^ ^)

"Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun ramai jugak yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.

Berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik? 
Ianya bergantung kepada situasi masing² termasuk diet harian, amalan bersenam dan jugak persekitaran. Apa yang diperlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8-10 gelas sehari! 

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda perlu menambah sekurangnya 4-6 gelas lagi air." (Petikan dari kevinzahri.com)

Jadi maknanya salahlah apa yang orang pernah cakap pada Mas kalau nak diet kena minum sekurangnya 4 liter air sehari. Barulah diet kau menjadi dan berkesan! Tapi Mas tak terus ikut, Mas rujuk dulu website KZ kerana di web beliau banyak info berguna.


Maknanya betullah yang Mas amalkan, biasanya Mas minum 1-2 botol ini sehari kerana ia menyamai 6 gelas air. Lagi pun Mas memang banyak makan sayur dan buah-buahan. Setiap kali breakfast, lunch dan dinner Mas akan ambil sebiji epal hijau dan makan banyak sayur bila waktu lunch.

Apa pun kita kena minum air ikut keperluan badan kita. Janganlah sebab nak kurus cepat kita minum air berlebihan, bahaya tau! Sebab itulah bila kita nak berdiet kena ikut cara yang betul. Banyakkan membaca info dari pakar² kesihatan, barulah diet kita sempurna!

5 ulasan:

  1. em... sy mmg selalu tak cukup air.... jenuh paksa diri minum.... haduiii byknye 4 liter tu.... 4x botol air miniral besar tu...

    BalasPadam
  2. memang bagus minum air masak tapi susah betul nak konsisten minum air masak tu..adesh =__='

    BalasPadam
  3. oh yeah, memang amat bagus minum air masak. terutamanya jika nak badan sihat dan susah untuk penyakit hinggap hihi

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...yer betul tu kena minum byk air mengikut keperluan...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com