terkini dan sensasi

Sabtu, 14 Februari 2015

Menu sihat saya

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak berazam nak hilangkan lebih banyak kg ni Mas amalkan pemakanan sihat. Mas sentiasa ingat kalau kita nak kurus dan dapatkan berat badan unggul kena mulakan dengan jaga pemakanan.

Pada awalnya memang payah nak mulakan sebab kita dah terbiasa makan sedap² setiap hari. Tapi Mas cuba dah terus mencuba sebab dah berazam nak capai berat 60kg hujung tahun ni. Sekurang²nya Mas nak cuba hilangkan 2kg setiap 2 minggu.

Untuk sarapan Mas biasa buat sendiri kat rumah sebab menu sihat Mas untuk sarapan biasanya ringkas je, janji perut kenyang. Inilah menunya, sebiji telur atau 2 keping beef salami, baby tomato dan 2 keping roti gandum penuh. Semuanya dimasak tanpa minyak, Mas hanya letak lada hitam dan sedikit mayonis. Sangat lazat dan mengenyangkan!



Untuk lunch, biasanya Mas akan beli di kafe kalau hari bekerja. Selalunya beli ikan bakar dan sayur, kadang² sayur je. Kalau hari cuti barulah Mas masak sendiri, menunya macam biasa sayur dan ikan atau ayam. Pastu mesti ada sebiji epal hijau. Nasi memang Mas tak ambik, tapi kalau rasa teringin sangat Mas akan makan 2 atau 3 suap.



Untuk dinner kalau lapar baru Mas makan, itu pun Mas cuma ambil fitness cereal dan sebiji epal hijau. Air sudah semestinya infused water setiap hari.


5 ulasan:

  1. cayok cayok kak mas!
    gud luck!

    BalasPadam
  2. kena banyak minum air putih jugak, sekurang2nya 3L setiap hari :)

    BalasPadam
  3. semoga berjaya dalam mencapai misi kak..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas....semoga mencapai diet yg diperlukan...:)

    BalasPadam
  5. WAHHHH NAK SIHAT... KURUS BONUS...
    BONDE PON DAH MULA DIET ATKIN DARI TAHUN LPS ALHAMDULILLAH 15 KG LOST...
    MOGA MAS SENTIASA SIHAT DAN CERIA...

    LAMA TAK SINGGAH SINI

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com