Assalamualaikum...(^ ^)
Masa cuti Tahun Baru tu memang adik lelaki Mas ada cakap keluarga makwe dia ada suruh datang. Mereka nak jumpa dan bincang mengenai hal adik Mas dan makwe dia. Kan mereka terpaksa batalkan majlis tunang sebab banjir bulan Disember tahun lepas, ini kira datang macam merisiklah.
Jadi hari Jumaat selepas solat Jumaat kami pun datang dengan 2 buah kereta. Yang pergi hanya Along Mas sekeluarga, Mas dan anak² serta adik bongsu Mas. Kami hanya bawak 2 bentuk cincin, 1 cincin risik dan 1 cincin tanda. Wakil belah kami pun hanya husband Along.
Bila dah sampai dan perbincangan bermula pihak perempuan mintak terus bertunang. Mereka cakap senang camtu, tak perlulah keluarga kami datang 2 kali. Memang terkejut jugak masa tu sebab hantaran satu pun takde. Tapi keluarga pihak perempuan memang baik, bagi mereka tak perlu hantaran janji mereka bertunang terus. Hantaran boleh bawak masa kahwin nanti!
Syukur sangat, memang pertunangan yang paling sempoi. Niat asal nak datang merisik akhirnya terus bertunang. Insya Allah dalam tempoh setahun mereka bertunang dan kalau ada rezeki memang keluarga perempuan mintak lepas 6 bulan terus nikah, harap dipermudahkan urusan nanti.
Ini Mas kongsikan gambar sekitar majlis.
Kek ni memang mereka saja letak Selamat Bertunang sebab tak kan nak letak Selamat Merisik pulak. Alih² bertunang betul! Lagi pun kek ni memang mereka dah lama tempah masa nak bertunang bulan Disember tahun lepas.
Moga pertunangan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin, amin!
Along kena jadi bidan terjun sarungkan cincin
Adik bersama tunang dan bakal mak mertua
Kek ni memang mereka saja letak Selamat Bertunang sebab tak kan nak letak Selamat Merisik pulak. Alih² bertunang betul! Lagi pun kek ni memang mereka dah lama tempah masa nak bertunang bulan Disember tahun lepas.
Moga pertunangan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin, amin!
assalamualaikum mas...tahniah2 semoga kekal jodohnya...:)
BalasPadamSimple. Mudahkn :)
BalasPadamsempoi habis ni..semoga dipermudahkan jalan untuk mereka sampai ke jinjang pelamin.apepun tahniah untuk adik kak mas
BalasPadam