Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 2 Februari 2015

Riadah dan bersenam

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekarang memang dalam proses nak jaga kesihatan dengan lebih sempurna, makan pun Mas dah jaga. Nasi, gula dan minyak Mas cuba kurangkan. Bukan nak kurus tapi nak badan lebih sihat, maklumlah umur dah nak hampir 40 tahun jadi kenalah lebih menjaga pemakanan dan kesihatan.

Alhamdulillah lepas Mas kurangkan pengambilan nasi, gula dan minyak berat badan pun dah banyak turun. Badan pun rasa lebih ringan dan jarang rasa penat. Pastu sekarang Mas cuba lakukan aktiviti riadah dan bersenam sekurangnya 30 minit sehari. Dah 2 petang Mas berjoging 10 round di taman. Seronok sangat dapat keluarkan peluh, rasa segar! 

Bila kita beriadah dan bersenam ni memang badan kurang rasa letih, tidur pun jadi lena. Camni barulah bersemangat nak pergi kerja dan lakukan kerja rumah. Moga Mas akan terus konsisten dengan aktiviti ini, Mas nak sihat sepanjang hayat! 

1 ulasan:

  1. seronok beriadah badan jadi sihat disamping jaga pemakanan juga

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com