Assalamualaikum...(^ ^)
Memang tak percaya! Hampir 4kg berjaya dikurangkan dalam masa 2 minggu.
Mas memang akan timbang 2 minggu sekali, kali terakhir timbang pada 23/2/15 berat Mas 76kg. Sekali semalam timbang dah 72.8kg. Mas memang target nak hilangkan 1-2kg dalam masa 2 minggu. Bila hilang banyak camni maknanya target Mas tercapai, jadi rasa sangat gembira!
Mas dah mula diet seimbang ni hampir 2 bulan, dalam tempoh tu dah berjaya kurangkan hampir 12kg. Wahhh memang satu yang memberangsangkan! Mula² rasa macam tak yakin boleh hilang kg dalam tempoh 2 bulan ni. Nak naik penimbang pun rasa takut, hehehee!
Tapi alhamdulillah, berkat usaha dan keyakinan Mas berjaya. Lagi 12kg perlu dibuang untuk capai target berat badan unggul yang Mas idamkan iaitu 60kg.
Buat yang terbaik Mas!
jangan berhenti berusaha
BalasPadamajar plishhhh macam mana boleh kurus nie...nak kurus jugak..huhuhu
BalasPadamwow..4kg tu..terbaiklah kak!
BalasPadam