terkini dan sensasi

Sabtu, 14 Mac 2015

Laksa Lemak Pahang

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah nak kongsi resepi Laksa Lemak Pahang, tapi asyik lupa. Jadi hari ni hujung minggu Mas kongsikan resepinya, manalah tahu ada kawan² nak cuba masak untuk keluarga.

Mas memang lagi suka laksa lemak, kalau kat Kelantan dimakan dengan laksam tapi di Pahang dimakan dengan mee laksa. Jadi ini resepinya!


Bahan-bahan Laksa Lemak Pahang
1. 10-12 ekor ikan kembung
2. 1 biji kelapa parut (untuk santan)
3. Daun kesom dan bunga kantan
4. 10 biji cili api (ditumbuk halus)
5. Sebiji timun (dihiris halus dan nipis)
6. Lada hitam dan garam secukup rasa


Cara² membuatnya
1. Mula² rebus ikan, bila dah masak asingkan ikan dari tulang dan kisar sampai hancur. Tulang ikan jangan buang tapi kisar hingga hancur dan tapis, ambik airnya saja.

2. Kemudian masukkan ikan yang telah dikisar dan air kisaran tulang ikan ke dalam periuk. Masukkan santan, daun kesum dan bunga kantan. Masak atas api sederhana.

3. Bila dah mengelegak masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Bila dah puashati dengan rasanya boleh tutup api.

4. Kemudian rebus laksa hingga lembut.


Inilah hasilnya, dah boleh makan. Selain timun dan cili perahkan jugak limau kasturi, pastu boleh jugak letak kacang panjang yang dihiris jika sukalah kan. Bagi Mas makan camni pun dah sedap, boleh tambah 2-3 mangkuk.


Selamat mencuba!

3 ulasan:

  1. nama yang lain tapi sama kan macam laksam? teringin nak buat..minat sangat makan ni :)

    salam kenal & jmeput ke blog nana

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com