Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 29 Mac 2015

Nasi Lemak Antarabangsa

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam berkesempatan bersama² geng Kelab Blogger Ben Ashaari bersantai di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru. Mas memang pernah dengar pasal gahnya nama Nasi Lemak Antarabangsa ni, tapi semalam baru ada peluang dapat ke sana. Terima kasih pada KBBA dan pemilik restoran NLA sendiri iaitu Encik Halim kerana sudi menerima kunjungan kami.




Inilah antara menu² yang disediakan di sini, memang pelbagai jenis makanan dan lauk pauk. Semuanya sedap² dan menyelerakan, harga yang ditawarkan pun agak berpatutan. 





Yang menjadi pilihan Mas, Nasi Lemak Ayam dan pilihan husband pula Nasi Lemak Kerang + Telur Puyuh. Selain pilihan Nasi Lemak ada jugak Bihun Goreng, Soto Ayam, Nasi Impit Kuah Kacang dan kuih yang menjadi kegemaran Mas iaitu Kuih Koci. Jujur cakap, inilah Kuih Koci yang paling sedap yang pernah Mas makan. Cukup rasanya, makan sebiji pasti nak 2-3 biji lagi. 



Untuk pilihan air pulak ada Gerai Air Kelapa VIP. Terdapat pelbagai jenis pilihan air kelapa yang sangat sedap dan menyelerakan, rasa segelas pasti nak lagi segelas. Pilihan Mas malam tadi Air Kelapa Laici Mangga Lemon. Fuhhh nama pun dah hebat, airnya lagilah hebat. Sedap, sejuk dan nyaman je bila diminum, rasa manis masamnya memang menyegarkan tekak! 

Wahhh pendek kata semuanya sedap² dan menyelerakan di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa ni. Memang rugi kalau tak berkunjung ke sana dan cuba menu²nya yang memikat hati. Kami geng KBBA dah cuba, anda bila lagi?




Untuk pertanyaan atau tempahan boleh ke www.nasilemakantarabangsa.my dan Kelapa Frutti.

9 ulasan:

  1. uishhhh..terliur nih tengok...sob sob...sedih tak dapat join,,

    BalasPadam
  2. sedapnya nasi lemak telo puyuh
    air tu pun best, sejuk tekak minum air nyor :)

    BalasPadam
  3. alalaaa.. jelesnya korang semua dpt makan nasi lemak sedap ni..

    BalasPadam
  4. huwaaa terliur tgk air kelapa tu..
    rugi nye x pergi.. meriah tgk gambar

    BalasPadam
  5. hmmmm best nyer.. tak sabar nak pergi jugak ni...

    BalasPadam
  6. memang nampak sedap sesedap namanya menu tu kak..macam menarik je untuk dicuba.

    BalasPadam
  7. Sangat sedap... cam nk pi lagi je....nyum nyummm


    www.yanieyusuf.blogspot.com

    BalasPadam
  8. huaaaa jom kak! dating lg!

    BalasPadam
  9. pergi hari tu tak sempat nak rasa kuih koci tu... nak kena pi lagi nih!
    pstt... aii cilok pic kuih koci tu yer Tq!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com