Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 26 Mac 2015

Restoran Steamboat Malaya

Assalamualaikum...(^ ^)


Selasa lepas Mas makan di Restoran Steamboat Malaya di Salak Tinggi. Memang setiap hari lalu depan restoran ni kalau balik kerja, baru sekarang berkesempatan ajak family makan kat situ. 


Restoran ini menyediakan pakej bufet dengan harga RM28 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak² berumur 4-11 tahun. Mereka jugak mengenakan bayaran RM10 untuk setiap 100gram makanan yang tidak dihabiskan bagi menggelakkan pembaziran. Bagus cara ni, jadi takdelah orang ambil banyak tapi makan tak habis. Sekurangnya kita belajar menghargai setiap makanan yang kita makan.




Di sini disediakan pelbagai jenis bahan untuk steamboat, segala jenis meatball, fishball, crabball dan macam² lagi. Ada jugak seafood seperti daging, ayam, udang dan sotong untuk grilled. Pelbagai jenis mee dan sayur-sayuran pun ada. Menu seperti Nasi Goreng, Bihun Goreng, Kuetiow Goreng, kuih muih dan bubur jugak disediakan. Memang puas hati dan perut makan di sini.


Untuk makan steamboat mereka sediakan dapur seperti ini dan kita boleh makan dengan sup atau tomyam, nak grill pun boleh! 

Memang berbaloi makan di Restoran Steamboat Malaya ni, harga murah dan berpatutan.

4 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...sedapnya tengok rasa nak mkn steamboat pulak...:)

    BalasPadam
  2. banyak betul menunya tu..steamboat sedap sebab boleh rasa macam²

    BalasPadam
  3. banyak betul menu dia..berbaloi dengan harga tu

    BalasPadam
  4. sini mmg best, cn pernah datang sini, mmg puas hati

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com