Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 23 Mac 2015

Review filem Cinderella

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari semalam keluar dengan anak², saja bawak mereka tengok wayang sebab mereka macam dah bosan dok rumah setiap kali hujung minggu. Kali ni kami tengok filem Cinderella.


Filem ni tak banyak berubah dari cerita Cinderella yang pernah kita baca dalam buku. Nak bagi sinopsis pun rasa macam semua dah tahu bagaimana cerita Cinderella kan? Tapi sebab nak review, Mas bagilah sedikit sinopsisnya.

Sinopsis filem
Seorang gadis bernama Ella hidup bahagia bersama ibu dan bapanya. Suatu hari ibunya sakit dan meninggal dunia, Ella pun membesar bersama ayahnya. Hinggalah suatu hari ayahnya menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Lady Tremaine iaitu seorang janda yang mempunyai 2 orang anak bernama Anastasia dan Deizella. Selepas berkahwin ayah Ella terpaksa bekerja di luar kota dan semasa di luar kota dia jatuh sakit lalu meninggal. Bermulalah kisah kehidupan Ella bersama ibu tirinya yang memperlakukan dia seperti orang gaji. Hinggalah suatu hari Ella terjumpa seorang pemuda di dalam hutan dan mereka berkenalan tanpa Ella tahu pemuda itu adalah putera raja. 

Itulah serba sedikit sinopsisnya. Bagaimana pengakhirannya dan apa yang berlaku antara Ella dan putera raja tentu kawan² boleh agak berdasarkan buku kisah Cinderella. Atau pun kalau tak tahu kenalah tonton di pawagam!

Review Cinderella
Unsur kekeluargaan, kasih sayang dan berhati mulia banyak dipertontonkan dalam filem ini. Walaupun Cinderella diperlakukan dengan kejam oleh ibu tiri dan adik beradik tirinya tetapi dia tetap memaafkan kesalahan mereka. Kasih sayang dia terhadap binatang jugak telah membuatkan dia banyak dibantu dan dihibur oleh binatang² tersebut bila dalam kesusahan dan kesedihan.

Bagi Mas filem ini sesuai ditonton bersama anak² kerana mereka sudah terbiasa dengan cerita Cinderella di dalam buku cerita. Bila berpeluang menonton di wayang pasti mereka lebih seronok. 

7 bintang untuk filem ini sebab Mas terhibur bila menontonnya, anak² pun seronok!

3 ulasan:

  1. assalamualaikum mas....cerita yg sentiasa jadi ingatan selamanya...:)

    BalasPadam
  2. Belum tengok lagi cerita ni..ramai yang kata best

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com