Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 4 Mac 2015

Satu bonus dan kepuasan

Assalamualaikum...(^ ^)

Pada awal dulu Mas memang tak kisah sangat dengan penjagaan berat badan. Masa tu tak kisah kalau kawan² cakap Mas makin berisi, makin bulat dan istilah yang lebih tepat makin gemuk!


Tapi Mas mula sedar masa mengandungkan Airis. Masa tu Mas disahkan ada kencing manis, padahal masa Ika dan Arfan takde pun. Bila dapat tahu terus rasa risau sangat, takut kencing manis akan kekal selepas bersalin. Jadi Mas terus amalkan diet seimbang, jaga makan dan kurangkan pengambilan gula, garam dan minyak. Masa tu memang berjaya kurangkan 14kg walaupun tengah hamil. Tapi lepas bersalin kembali ke tabiat asal, tak jaga dah pemakanan. Jadi berat naik semula!

Tapi sekarang Mas dah konsisten dalam berdiet. Makan menu yang sihat, gula, garam dan minyak memang kurang ambil, minum air yang banyak dan makan ikut waktu makan yang betul. Pastu sentiasa bersenam setiap hari, 30 minit dah cukup. Mas nak sihat tapi bila dapat kuruskan badan itu adalah satu bonus dan kepuasan!

Sekarang dah boleh senyum lebar bila kawan² cakap "Wahhh Mas, makin kurus sekarang!" Puas hati sangat, maknanya diet Mas berjaya.

Belanja gambar satu, hehehee!


3 ulasan:

  1. Sama lah , YY lepas bersalin nie rasa gemok dah . Kuat makan . Perut pun buncit . Sob SOb SOb

    BalasPadam
  2. wow!!!!!!! tahniah kak :D

    BalasPadam
  3. Tahniah kak..usaha berhasil dan boleh maintain je lepas ni.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com