Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 3 April 2015

D'Laila Suppower memang power!

Assalamualaikum...(^ ^)


Memang dah lama teringin nak makan kat sini, selalu asyik tengok Ben Ashaari upload gambar kat Facebook je. Bila tengok terliur, bila tengok meleleh air liur. Slurppp!

Semalam ajak husband pergi walaupun anak demam, teringin sangat nak makan Mee Udang Galah dan Daging Salai Masak Lomak Cili Api. Balik kerja lepas maghrib terus gerak ke MMA Santai Corner di Nilai. Memang selalu makan kat sini cuma tak pernah makan kat D'Laila Suppower ni.



Sampai je terus order apa yang teringin nak makan. Dapat terus tak toleh kiri kanan, makan dengan penuh khusyuk sampai licin semuanya. Memang berbaloi! Lain kali akan datang lagi untuk makan telur mayong pulak, tak pernah makan lagi. Minggu depan harus terjah, tak nak tunggu lama². 

Yang paling seronok bila dapat jumpa Kak Laila, pemilik D'Laila Suppower. Ternyata Kak Laila sangat peramah, seronok borak macam dah lama kenal. Tapi tak sempat bergambar dengan Kak Laila, takpe nanti kita ngedate lagi ye kak!

Kawan² kalau sampai ke Nilai jangan lupa tau makan di D'Laila Suppower kat MMA Santai Corner. Senang je nak cari tempat ni, jumpa Courts Nilai maka jumpalah MMA ni.

2 ulasan:

  1. dah pernah makan sekali kat sini..memang umphhh sedap!

    BalasPadam
  2. dah dkt tu...mmg nak try gak la pasni :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com