Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 13 April 2015

KBBA dan Aman Palestin

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, Mas sangat seronok dan bertuah dapat diberi peluang ke event Aman Palestin semalam. Mas hadir ke sana membawa nama Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah dilantik sebagai Blogger Aman Palestin. Tahniah KBBA dan Ben Ashaari sebagai teraju utama Kelab Blogger Ben Ashaari, memang KBBA bukan sekadar blogger!

Inilah penghargaan paling bermakna Mas sebagai blogger apabila dapat hadir ke event yang melibatkan satu badan NGO yang begitu gah iaitu Aman Palestin.



Jadi semalam Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin di Hotel Bangi Putrajaya telah diadakan. Selain itu Duta Aman Palestin iaitu Heliza Helmi dan Maulana jugak menandatangani kontrak. Kemudian Duta AP iaitu Heliza Helmi telah merasmikan buku beliau berjudul Diari Seorang Mujahidah|Kembara Syria.


Ada jugak ucapan dari wakil KBBA, tahniah Razi dari www.razzwey.com kerana berjaya berucap. Walaupun sedikit gementar tapi itu berpengalaman yang berharga sebagai seorang blogger. 

Ini Mas kongsikan beberapa lagi gambar di sekitar event Aman Palestin.

 orang kuat dan penting Aman Palestin


 bersama si cantik manis Heliza Helmi


Inilah antara rakan KBBA yang hadir. Terima kasih sekali lagi KBBA untuk peluang ini dan terima kasih jugak untuk ukhwah yang dijalinkan. Mas seronok berkenalan dengan semua!

Tak lupa terima kasih Aman Palestin atas tanda kenangan ini!


2 ulasan:

  1. seronok kan dapat join majlis macam nie...minta maaf tak tegur akak masa nie...segan..hehehehe

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...bestnya dpt join sesama mereka semua...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com