mrs secretary

Rabu, 22 April 2015

KKBA Blogger's Day Out 2015 : Teaser

Assalamualaikum...(^ ^)

4 hari saja lagi Kelab Blogger Ben Ashaari akan menganjurkan event Blogger's Day Out 2015. Aktiviti ini disertai dan diuruskan oleh blogger KBBA sendiri. Manakala lokasi event ditaja oleh Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC)

Mas dah lama tau kewujudan KKTTC ni semasa menetap di Cyberjaya dahulu. Memang Mas selalu beriadah di sini dan bawa anak² mandi kolam. 


Di KKTTC disediakan pelbagai jenis fasiliti untuk bersukan, beriadah dan untuk aktiviti bersama keluarga. Antara fasiliti sukan yang disediakan ialah gelanggang tenis, badminton, futsal, squash, beach volleyball, bola keranjang dan bola jaring. Selain itu ada jugak fasiliti lain seperti padang paintball, padang golf, sirkit go kart, kolam renang, gymnasium, dance studio dan taman permainan.

Selain fasiliti beriadah dan bersukan KKTTC jugak menyediakan perkhidmatan tempahan untuk majlis perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi pelanggan yang membuat tempahan untuk majlis perkahwinan, KKTTC adalah tempat yang sesuai. Ini kerana terdapat ruang untuk majlis dan tempat letak kereta yang luas. Paling menarik KKTTC menyediakan perkhidmatan catering, jadi tak perlu pening cari catering lain. Info lanjut boleh hubungi talian 03-83180008 atau Instagram @kelabkomuniticyberjaya.

Bagi KBBA Blogger's Day Out nanti kami akan sertai aktiviti permainan golf, badminton dan paintball. Yang pastinya ia berlainan dari permainan sebenar, wahhh pasti seronok kan? Tak sabar nak tunggu 26 April nanti, jumpa di sana!

Antara penaja rasmi untuk KBBA Blogger's Day Out:

1. Cyberview: www.cyberview.com.my
2. Cosmoderm: www.cosmoderm.com.my
3. Yeos Malaysia: www.yeos.com.my
4. Stamp N Print Enterprise: http://stampnprint.blogsopt.com
5. Natalia: www.natalia.my

4 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com