Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 18 April 2015

Menu terbaik di D'Laila Suppower

Assalamualaikum...(^ ^)


Ini kali kedua Mas ke D'laila Suppower di MMA Santai Corner Nilai. Lagipun memang dekat je dari rumah Mas, 5 minit dah boleh sampai.




Kebetulan semalam Kak Laila ada sediakan menu baru di kedai makan beliau. Inilah dia Bubur Nasi Berlauk yang super duper sedap! Di dalamnya ada ayam cincang dan cendawan shitake, enak dimakan begitu saja atau dengan pelbagai jenis pilihan lauk-pauk yang sangat membuka selera. 

Mas bukanlah pengemar bubur nasi tapi bila makan bubur nasi D'Laila ni terus jatuh cinta. Bila suap sesudu ke dalam mulut terus automatik cakap, wahhh sedapnya! Kebabom rasa dalam mulut, memang highly recommended.





Inilah pilihan lauk pauk yang boleh dimakan bersama bubur nasi. Ada Paru Sambal, Rebung Masin, Rebung Masin Sambal, Sambal Sotong, Telur Masin, Sambal Ikan Masin, Sambal Ikan Bilis, Ikan Bilis Goreng dan pelbagai lagi. Semuanya sedap!

Selain bubur nasi banyak lagi menu terbaik di sini seperti Mee Udang ni. Siapa tak terliur melihat udang yang gemuk² tersusun indah di dalam mangkuk. Bila dah rasa jangan cakaplah, licin satu mangkuk. Hirup kuah hingga ke titisan terakhir!


Banyak lagi menu yang ada, Mas memang takde gambar sebab belum khatam semua menu² di sini. Jadi kalau nak rasa sendiri kesedapannya jangan lupa datang ke D'Laila Suppower, pasti berbaloi dan rasa sekali pasti akan ulang berkali².

5 ulasan:

  1. kt mana kedai makan ni kak?
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat MMA Santai Corner Nilai.. waze je pasti jumpa.. depan dia ada courts

      Padam
  2. assalamualaikum mas...wah sedapnya tengok menu die...:)

    BalasPadam
  3. Mee udang dia...
    Buat perut nie berbunyi...

    BalasPadam
  4. dah dua kali ke sini tapi makan mee udang je la..yang lain lom try lagi..memang sedap!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com