Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 12 April 2015

New Market at Mines

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang suka jalan² kat The Mines. Di sini terdapat pelbagai kedai, restoran, pasaraya dan tempat bersantai. Apa saja yang Mas nak beli boleh dapat di sini.



Yang paling seronok, The Mines 2 telah dibuka. Tapi ia tidak sebesar The Mines yang lama, cuma 2 tingkat. Di situ ada dibuka satu kedai serbaneka iaitu New Market yang terletak di tingkat 1.

Masuk dalam kedai ni terus rasa teruja kerana terdapat pelbagai barangan dijual di sini. Harga barang² pun sangat murah dan berpatutan. Ada barang yang hanya dijual dengan harga RM5 dan RM10. Kedainya jugak luas dan selesa untuk kita membeli belah. 

Apa yang dijual di sini?

1. Baju wanita, lelaki dan kanak-kanak

2. Selipar dan sandal

3. Aksesori wanita dan lelaki

4. Kelengkapan untuk kek dan biskut

5. Peralatan dapur

6. Peralatan alat solek

7. Jam tangan wanita, lelaki dan kanak²

8. Aksesori handphone

Wahhh tengok, macam² ada tau. Memang seronok shopping di New Market ni, rasa nak beli semua barang. Walaupun harga barangnya murah tapi berkualiti tau, berbaloi beli

Jadi kalau sampai ke The Mines 2 jangan lupa singgah di New Market untuk membeli belah.

6 ulasan:

  1. wowo.. dekat sangat lah syaza ngam the mines tu, biasalah student upm kan.. nanti akan singgah. Syaza baru je tulis pasal kereta idaman syaza. jemput baca http://tinyurl.com/lt8am8c

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...wah bestnya semua ada..:)

    BalasPadam
  3. Dah tutup, bokeh tahu mana lagi ada buka

    BalasPadam
    Balasan
    1. happykaising87..mmg da tutup ke kedai ni?u pergi ari ape?

      Padam
    2. Kedai da berpindah ke times square

      Padam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com