terkini dan sensasi

Selasa, 21 April 2015

Oat Crunch : Snek mudah dan sedap

Assalamualaikum...(^ ^)

Tugas sebagai seorang PA memang sentiasa sibuk dan padat. Jadi Mas kenalah pandai membahagikan masa untuk tugas dan keperluan diri, terutamanya waktu sarapan pagi!

Biasanya Mas tak sempat nak turun ke kafe untuk beli sarapan. Jadi Mas akan simpan stok roti gandum dan biskut untuk sarapan. Lagilah Mas tengah diet, memang tak boleh nak skip sarapan.


Jadi untuk sarapan yang cepat dan mudah serta sedap dan sihat, Mas suka makan biskut Oat Crunch. Antara yang paling Mas suka ialah Chunky Organic Hazelnut dan Dark Chocolate. Dalam satu pek ni ada 3 keping dan ia memang mengenyangkan jika diambil sebagai sarapan.

Rasanya sangat sedap dan menyelerakan, boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama susu segar. Jadi dengan snek yang mudah ni memang takde alasan untuk Mas skip sarapan.

Selain sebagai sarapan, ia jugak boleh dijadikan snek ketika minum petang atau kudapan di waktu malam. Bila² masa dimana sahaja!

Jadi Oat Crunch sentiasa ada dengan Mas. Di pejabat, di rumah, dalam kereta dan handbag jugak!

3 ulasan:

  1. fav kita ni kak mas.. tp mhal kan.. uhuhuh

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...mmg sedap oat ni...:)

    BalasPadam
  3. sedap..tapi selalu fiza cicah dengan air :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com