Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 16 April 2015

Program Zikra 'Jelajah Kasih Asnaf' 2015 [part 1]

Assalamualaikum...(^ ^)

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Mas dapat sertai Program Zikra 'Jelajah Kasih Asnaf' 2015 anjuran Lembaga Zakat Selangor.


Sebelum ni Mas memang tak pernah tahu pun yang LZS ada menganjurkan program sebegini. Bila diberi peluang menyertai melalui Kelab Blogger Ben Ashaari, Mas terus tak lepaskan peluang. Dengan menyertainya ia telah membuka mata Mas dan kita semua tentang peranan LZS, barulah kita tahu kemana duit zakat yang dibayar selama ini disalurkan. Terbaik LZS!

Semalam Program Zikra ini dilaksanakan. Ia adalah kerjasama badan² korporat, rakan blogger KBBA dan LZS sendiri. Program dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas dari pegawai LZS.

Kemudian kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan menaiki kenderaan yang disediakan ke lokasi kembara. Yang seronoknya siap ada polis trafik mengiring perjalanan kami ke setiap lokasi, rasa macam VVIP tu!

Program Kembara Zikra 2015
Kembara pertama ke Asrama Anak² Asnaf LZS di Kapar, Klang. Asrama ini menempatkan anak² dari golongan fakir miskin yang tidak pernah mendapat pendidikan. Mereka terdiri daripada pelajar darjah 4 hingga tingkatan 4.

Di asrama ini memang disediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar. Mereka jugak diajar berdikari dan terlibat dengan pelbagai aktiviti.



Kembara kedua kami ke Butik D'Qaseh yang diusahakan oleh Puan Siti Salbiyah Eksan. Beliau merupakan ibu tunggal kepada 4 orang anak dan menerima bantuan modal perniagaan dari LZS.

Di butik beliau pelbagai jenis baju kurung, jubah, tudung dan aksesori dijual. Beliau jugak menerima tempahan membuat baju kurung, baju kebaya, baju melayu dan jubah.



Kembara ketiga diteruskan ke rumah Encik Jali bin Kadio di Kampung Delek, Klang. Beliau telah menerima bantuan rumah 3 bilik oleh LZS yang berjumlah RM48,800. Dato' Mufti Diraja Selangor telah menyerahkan kunci rumah kepada beliau.

Encik Jali meniaga Nasi Ambeng untuk menyara keluarga dan anak². Dengan bantuan rumah yang dibina oleh LZS pasti kehidupan mereka lebih terjamin dan bermakna.



Selepas tiga kembara Mas memang puji peranan LZS dalam membantu fakir miskin dan anak² yang memerlukan bantuan persekolahan. Dengan bantuan LZS mereka dapat membina kehidupan dengan lebih selesa seperti orang lain, anak² pulak boleh dapat pendidikan yang sempurna.

Nanti Mas sambung lagi cerita kembara ke tiga destinasi lain, tunggu!

3 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...bagusnya diadakan program begini selalukan...:)

    BalasPadam
  2. terbaik kak..seronok kan majlis nie

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.... Moga dapat ikut next time

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com