Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 2 April 2015

Tiket promo Air Asia

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah nak update pasal ni, tapi lupa! 


Pasti ramai yang tempah tiket promo Air Asia ni masa mereka buat promosi pada 24-29 Mac yang lalu, Mas pun tak ketinggalan!

Bukan apa, memang dah lama tak pergi bercuti bersama keluarga. Kali terakhir pergi bercuti luar dari Selangor tahun 2012 di Sabah, 3 tahun dah. Anak² pun sibuk tanya bila nak naik kapal terbang lagi.

Tahun depan sekali lagi akan bercuti ke Sabah. Mula² teringin nak pergi Bandung tapi tak cukup bajet pulak, jadi kita bercuti dalam Malaysia je. Jadi Sabah yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Harga tiket yang Mas dapat untuk 5 orang adalah RM394 pergi balik, berbaloi dan murah!

Kenapa Mas pilih Sabah? Bagi Mas Sabah adalah negeri paling seronok untuk dilawati terutamanya melihat keindahan Gunung Kinabalu. Pastu bermalam di Kundasang jugak seronok, jadi memang tak sabar nak pergi tahun depan. Kena kumpul duit dari sekarang, hehehee!

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com