Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 10 Mei 2015

Apam Beras warna warni

Assalamualaikum...(^ ^)


Kuih apam memang kuih tradisional yang cukup digemari. Ada pelbagai jenis kuih apam ni, ada Apam Beras, Apam Susu dan Apam Polkadot. Tapi yang paling Mas gemari adalah Apam Beras atau digelar jugak Apam Nasi.

Sebelum ni kalau nak makan kena membeli di pasar malam. Memang tak puas, kena berebut dengan anak² bila makan. Jadi terus terfikir lebih baik belajar buat sendiri, lagi puas makan. 

Mudah je cara membuatnya. Ini Mas kongsikan resepi, nanti kawan² pun boleh cuba buat.


Bahan-bahan yang diperlukan
1. 2 ½ cawan air
2. 2 cawan nasi
3. 1 ½ cawan gula
4. 2 cawan tepung gandum
5. 2 cawan tepung beras
6. 1 paket mauripan
7. Pewarna star brand (ikut suka warna apa)

Cara membuatnya pun mudah
Kisar sehingga kembang bahan 1, 2 dan 3. Kemudian masukkan ke bekas dan campurkan bahan 4, 5 dan 6 ke dalamnya. Kacau sehingga sebati, kemudian perap aduan selama 1 jam.

Selepas 1 jam bahagikan adunan kepada 3 bahagian (nak lebih pun boleh). Bancuhkan adunan tersebut dengan pewarna star brand. Mas guna warna hijau epal, kuning telur dan merah. Bila dah siap masukkan dalam bekas² comel camni dan kukus selama 10-15 minit.



Inilah hasilnya. Gebu, sedap dan puas hati dapat makan hasil air tangan sendiri!


Tips membuat Apam Beras
1. Pastikan acuan disapu dengan sedikit minyak supaya bila masak ia tidak melekat pada acuan.

2. Selepas aduan diperap 1 jam pastikan kacau sebati dahulu sebelum dibancuh dengan pewarna. Ini untuk pastikan aduan tak berketul² dan gebu bila dah masak.

Selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. comel je apam warna warni ni

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas....menarik jer tengok color apam2 tu...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com