Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 25 Mei 2015

Bufet Ramadhan Bangi Golf Resort

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah rezeki sebagai blogger, dapat peluang mencuba bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Terima kasih kepada rakan blogger KBBA, Nadia Johari atas kesudian ajak Mas turut serta ke food review bufet Ramadhan ni.

Bufet Ramadhan 2015
Bangi Golf Resort (BGR) merupakan salah satu resort golf yang menerima perakuan sijil halal dari JAKIM. Tahun 2015 ni bufet Ramadhan BGR menyediakan lebih kurang 200 pilihan sajian istimewa yang pastinya menggiurkan dan membangkitkan selera para tetamu.


Bufet Ramadhan BGR akan bermula dari 21 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015. Harga untuk seorang dewasa ialah RM55 dan untuk kanak² ialah RM27. Bufet Ramadhan ini menyediakan pelbagai jenis hidangan bufet seperti masakan Melayu, sajian Barat dan masakan timur.

Pada bufet Ramadhan tahun 2015 BGR menyediakan kelainan kepada para tetamu iaitu dengan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden ini akan memaparkan "hiburan dari dapur" yang membolehkan tetamu menyaksikan secara live chef² menyediakan hidangan dan boleh berinteraksi dengan mereka.

Di samping itu, tetamu jugak akan dihiburkan dengan alunan muzik melayu tradisional yang didendangkan oleh kumpulan kugiran dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. BGR jugak menyediakan 800 tempat letak kereta secara percuma dan surau untuk keselesaan tetamu.

Sepanjang Ramadhan nanti tempahan awal digalakkan supaya anda tidak terlepas peluang menikmati bufet Ramadhan di BGR. Boleh hubungi talian 03-89253728 untuk tempahan.

Aneka Pilihan Sajian Istimewa
Antara sajian yang disediakan di bufet Ramadhan BGR. Sedap, lazat dan menyelerakan!









Menarik menu² dia, tengok pun dah terliur. Jangan lupa tempah untuk berbuka puasa nanti.

6 ulasan:

  1. nangis tengok gambar makanan kak uhuhuh

    BalasPadam
  2. alamak bestnyaaa kak. dulu pernah datang dua tiga tahun lepas memang terbaik menu dia. sedap pulak tu. banyak jangan cakap. alahai terliur dah ni. huhuhu

    BalasPadam
  3. Berminat untuk belian voucher dan tempahan buffet ramadhan di bangi golf resort boleh hubungi wani 0169645544 atau 0162678284

    BalasPadam
  4. Semua sedap² ni dan banyak pilihan.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas....banyak menu yg sedap2 ni ...bulan ramadhan semua tempat adakan tempahan buffet mcm ni...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com