terkini dan sensasi

Jumaat, 15 Mei 2015

Cerita bergambar [6]

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam Jumaat! Hari ni takde modal nak update cerita menarik, jadi update pasal cerita bergambar.

1. 30 Mei nanti akan berlangsung Floria 2015 di Putrajaya. Sekarang pihak Floria Putrajaya sedang sibuk menyiapkan landskap² menarik untuk dikunjungi oleh para pengunjung nanti. Replika Floria ni pun dah dipasang di tepi jalan menghala ke tapak Floria. Jadi ambik peluang bergambar sebab bila dah hari kejadian nanti mesti ramai berebut² nak bergambar.




2. Pertama kali Mas pakai bawal satin ni. Sangat berpuashati sebab kain sejuk, sedap dipakai dan lebar. Senang bentuk dan cantik digayakan dengan pelbagai cara. Harga pun murah, RM15 je sehelai.



3. Tengoklah anak pomen ni! Gara² tengok babah dia baiki kereta terus pandai nak baiki basikal dia sendiri. Siap cakap Airis ikut babah, pastu pandai pulak dia cari skru driver yang babah dia simpan. Kemain lagi, comel je!



4. Bukan senang nak ajak husband bergambar romantik camni, ikut mood dia jugak. Kadang tu kena tangkap banyak kali nak dapat memek muka yang ok dari dia, susah sangat nak senyum.



5. Hari ni sampai Ahad dapat pergi Kursus PA, buat kat KL je. Sekarang ni memang tak merasa nak kursus kat Langkawi ke, Terengganu ke, Sabah Sarawak ke. Belanja berhemah kata kan. Takpelah, janji dapat pergi kursus.


5 ulasan:

  1. wah kak mas... suwiiitnya ngn husband... uhhuhuhu

    BalasPadam
  2. tak sabarnya nak tunggu floria

    BalasPadam
  3. macam macam cerita dalam setiap gambar :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas....menarik n sweet jer...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com