Terkini dan Sensasi

Selasa, 12 Mei 2015

Didik anak tanpa gajet

Assalamualaikum...(^ ^)

Boleh ke anak² tanpa gajet. Bagaimana nak kawal? 

Pasti boleh! Janji kita sebagai ibu bapa pandai hadkan masa anak² dengan gajet. Pokok pangkalnya pada kita sebagai ibu bapa. Jadi Mas nak kongsi pengalaman Mas didik anak² tanpa gajet.

Alhamdulillah Mas berjaya besarkan anak tanpa terlalu taksub dan khusyuk dengan gajet. Memang anak yang sulung ada handphone sekarang tapi cukup sekadar untuk call dan whatsapp kami jika ada apa² hal. Handphone pun Mas belikan yang biasa je, janji boleh guna kan.


Anak² beriadah sebegini lebih membantu kecergasan mental dan fizikal mereka. Games dekat handphone memang Mas tak galakkan sebab ia akan melekakan. Jadi Mas lebih suka galakkan mereka beriadah di luar dan bermain bersama kawan². Kalau nak main games pun hanya di laptop dan ianya sekali seminggu sahaja. Tapi mujurlah anak² tidak terlalu leka sangat dengan games ni, mereka main sekejap je pastu dah bosan.

Pastu jangan bila anak² bosan terus bagi handphone atau tab dan suruh mereka main games untuk hilangkan bosan. Lama² mereka jadi seronok dan leka. Seeloknya galakkan mereka main permainan yang membina akal dan mengasah minda mereka.


Main kerja pejabat, mana tau besar nanti jadi pegawai tertinggi.

Macam Mas suka suruh mereka main cikgu dengan anak murid ke, main kerja pejabat ke. Lagi pun anak² Mas suka main camtu, lebih seronok! Dalam masa yang sama boleh mendedahkan mereka bagaimana alam pekerjaan nanti, pakej kan? Pemikiran anak² pun lebih berkembang.

Tak susah sebenarnya nak didik anak tanpa gajet, yang penting kita pandai mainkan peranan dan tentukan yang terbaik untuk anak² kita. 

7 ulasan:

  1. ibu bapa pun main henfon bila lapang, anak apatah lagi..hehe..dugaan zaman kini ye tak

    BalasPadam
  2. Tu lah bila tengok sekarang ni, itu sebenarnya cabaran buat ibu bapa. sebab ibu bapa pun dengan gadget kan

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...betul tu...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...perkongsian yg baik...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com