mrs secretary

Jumaat, 8 Mei 2015

Hampir capai target

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang tak sabar nak capai berat badan 60kg sebab dengan berat tu barulah BMI normal. Sejak hampir 5 bulan amalkan diet seimbang Mas berjaya kurangkan berat badan dari 84kg ke 68kg sekarang. 16kg dah berjaya dikurangkan!


Bila dah berjaya cecah angka 6 ni memang sangat gembira. Berbaloi usaha Mas selama ini, sekarang dah 68kg jadi lagi 8kg perlu dikurangkan. Kena usaha lagi dan lagi dan lagi.

Alhamdulillah husband dan kawan² banyak bagi kata² semangat pada Mas, itu yang membuatkan Mas tak putus asa. Walaupun mulanya rasa mustahil tapi kalau kita percaya kita boleh buat semuanya pasti boleh. Yang penting jangan putus asa dan jangan nak hasil yang drastik. Sebab dah bertahun kita gemuk jadi mustahil nak kurus dalam masa sehari.

Kalau nak berjaya kurus macam Mas yang paling penting kena amalkan ialah:

Jaga pemakanan!
Jaga pemakanan!
Jaga pemakanan!

Pastu disusuli senaman yang konsisten. Kena kuat semangat dan tanam azam, "Saya nak kurus!"

Saya dah berjaya kurus!



6 ulasan:

  1. tahniah yeay!!!! teruskan usaha ;)

    BalasPadam
  2. pergh hepinye kan bile berjaya kurus..chaiyok kak

    BalasPadam
  3. teruskan usaha lagi...
    selamat berjaya :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...teruskan usaha pasti berjaya...:)

    BalasPadam
  5. Congrats Kak Mas..moga capai target :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com